Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Powered by Blogger.
RSS

PICASA


PICASA






   Picasa merupakan salah satu aplikasi pengurusan gambar yang amat berguna daripada Google. Ia dicipta oleh sebuah syarikat yang dinamakan Lifescape pada tahun 2012 dan dimiliki oleh google sejak tahun 2004. Picasa adalah gabungan nama pelukis Sepanyol Pablo Picasso. Picasa 3 adalah salah satu perisian yang direka untuk menyusun dan menyunting gambar digital daripada komputer. Selain itu, Picasa 3 juga menyediakan templat untuk menyunting video menggunakan gambar-gambar yang ada di dalam album Picasa tersebut. Picasa merupakan perisian pengurusan foto yang membantu menguruskan foto di dalam komputer peribadi (PC) kita. Picasa akan mengenalpasti semua foto di dalam PC dan menyusun foto-foto tersebut di dalam fail visual mengikut nama, saiz atau tarikh. Pengguna boleh drag and drop untuk menyusun fail-fail kita dan mencipta album. Picasa akan memastikan foto-foto  berada dalam keadaan tersusun.

Selain itu, pengguna juga mampu membuat kolaj foto dan menambahbaik foto-foto tersebut. Melalui Picasa, kita mampu mengubahsuai sesuatu gambar dengan mudah. Perisian ini merupakan satu perisian yang mempunyai persamaan dengan Adobe Photoshop tetapi ianya lebih mudah dan ringkas. Gambar-gambar ini boleh dibuat slide show, kolaj dan mengikut apa yang diperlukan oleh pengguna. Aplikasi pengubahsuaian yang terdapat dalam Picasa termasuklah menghilangkan kesan mata merah, pengubahsuaian kesan warna, mengubah saiz, mengecilkan gambar dan mengubah kecerahan. Kita juga dapat membuat slideshow dan menyusun dalam timeline display. Picasa telah memudahkan pengguna di mana pengguna boleh menggunakan kumpulan Google untuk mengehadkan siapa yang boleh melihat album foto tersebuT. Aplikasi ini  sangat cepat dan mudah untuk dimasukkan ke dalam kad memori.

KELEBIHAN PICASA

          Antara kelebihan penggunaan Picasa ia amat mudah untuk digunakan berbanding aplikasi lain seperti ShotWell, F-Spot Photo Manager dan GIMP kerana ianya agak mesra pengguna bagi pengguna separuh mahir dalam menyunting koleksi gambar. Selain itu, Picasa biasa digunakan oleh pengguna untuk mengedit gambar. Fungsi Picasa yang paling menonjol berbanding perisian yang lain ialah, ia dapat memaparkan kesemua foto yang terdapat di dalam komputer kita dalam satu halaman sahaja. Kita cuma perlu skrol dari atas sampai ke bawah untuk melihat kesemua imej tersebut.

Picasa juga turut mempunyai fungsi pengubahsuaian imej yang asas seperti crop, rotate, dan red eye correction. Apa yang menarik tentang fungsi pengubahsuaian dalam Picasa ialah, imej asal tidak terjejas. Pengubahsuaian hanya berlaku dalam Picasa sahaja, melainkan jika pengguna memilih untuk mengubah imej asal itu sekali. Satu lagi kelebihan Picasa ini kalau kita simpan gambar, pengguna boleh undo dan melihat apa yang telah dibuat walaupun PC telah ditutup atau pun dalam tempoh  2 hingga 3 bulan kemudian pengguna ingin mengedit semula gambar tersebut.

Di samping itu, Picasa memudahkan pengguna melihat koleksi foto yang terbaik dengan mudah dengan hanya menandakan tanda bintang pada foto kegemaran. Satu gambar juga boleh berada dalam banyak album, tanpa menggunakan lebih ruang dalam hard disk. Ianya juga boleh mengeksport gambar–gambar pilihan ke folder lain.

KELEMAHAN PICASA

Walaubagaimanapun, perisian ini kurang mesra pengguna jika dibandingkan dengan perisian Window Movie Maker untuk bahagian penyuntingan video. Ini kerana templat untuk suntingan video di dalam perisian Picasa 3 ini lebih terhad berbanding dengan perisian Window Movie Maker. Penggunaan perisian Window Movie Maker untuk menyunting video adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan perisian Picasa.

APLIKASI PICASA DALAM BILIK DARJAH

Apa yang menariknya dengan penggunaan Picasa ini, para pengguna seperti para guru boleh menyunting gambar-gambar pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah dan menjadikan satu video yang menarik hasil suntingan gambar-gambar tersebut. Selain itu perisian Picasa boleh digunakan untuk membuat projek sains dalam menarik minat pelajar. Antara cara yang boleh digunakan oleh pelajar ialah dengan mencari dan memuat turun gambar dari internet dan pelbagai sumber. Gambar tersebut diedit dan disusun sehinggalah menjadi satu video berbentuk sains. Picasa adalah salah satu bentuk pendidikan yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Picasa bukanlah terarah kepada gambar sahaja tapi guru boleh menggunakan perisisan ini untuk membuat satu video mengikut kekreatifan masing-masing dan ditayangkan di dalam kelas. Mungkin kaedah ini juga dapat menarik pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas. Dalam penghasilan video, para guru dan pelajar juga boleh memasukkan apa sahaja fail audio seperti lagu bagi menjadikan suntingan itu lebih menarik. Para pelajar juga boleh menggunakan Picasa untuk menyusun dan mengatur gambar untuk projek dan laporan. Ianya juga mudah untuk diedit gambar dengan cepat serta boleh berkongsi gambar dengan rakan-rakan.

Perisian Picasa boleh menghasilkan penggunaan video dan stail pembelajaran yang boleh diaplikasi bersama bagi mewujudkan proses p&p yang berkesan. Dengan gabungan elemen-elemen ini dalam sesuatu pengajaran, guru boleh mewujudkan satu suasana pembelajaran yang penuh dengan persembahan audio-visual yang bukan sahaja dapat menarik minat pelajar serta merangsangkan deria pelajar dalam pembelajaran tetapi juga dapat melayan pelbagai gaya pembelajaran pelajar. Selain daripada melayan gaya pembelajaran kecenderungan pelajar seperti visual, reflektif dan global, penggunaan video juga boleh menggalakkan pelajar belajar dengan menggunakan gaya pembelajaran yang pelajar kurang cenderung. Ini dapat membantu pelajar memperkembangkan gaya-gaya pembelajaran yang lain supaya pelajar menjadi lebih fleksibel dalam pembelajaran dan tidak terhad kepada pembelajaran melalui gaya pembelajaran kecenderungan mereka sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SURVEY MONKEY

 SURVEY MONKEY



Survey Monkey merupakan satu perisian di mana pengguna boleh membuat soal selidik melalui online yang telah digunakan secara meluas. Perisian ini telah dimulakan pada tahun 1999 oleh Ryan Finley dan Chris Finley. Pejabat  Survey Monkey ini terletak di Portland, Oregon, Palo Alto, California dan Portugal. Perisian ini membolehkan pengguna membuat soalan soal selidik dengan hanya memilih tajuk, menyenaraikan jenis soalan soal selidik dan pilihan jawapan untuk responden tanpa perlu berjumpa dengan responden. Ia amat sesuai digunakan dalam bidang pendidikan dan kaji selidik kerana data yang diperoleh akan memudahkan pengguna membuat analisis.

Melalui survey monkey ini, pengguna boleh menggunakan perisian ini dengan mendaftar akaun secara percuma ataupun berbayar bergantung pada keperluan yang diingini oleh pengguna.  Survey Monkey merupakan sebuah perisian kaji selidik yang terbesar di dunia dan telah membantu pengguna mengumpul lebih daripada 1.5 juta tindak balas kaji selidik dalam talian setiap hari dengan cepat dan mudah. Selain itu, Survey Monkey ini telah digunakan secara meluas melalui web link, email, website dan share on facebook.

KEBAIKAN SURVEY MONKEY

          Survey Monkey mempunyai banyak kebaikan dan sangat mudah dilakukan oleh pengguna Survey Monkey ini. Antara kebaikannya ialah pengguna boleh menggunakan kemudahan ini dengan percuma. Ini akan mengurangkan kos penyelidikan yang dilakukan oleh pengguna. Selain itu, proses pendaftaran untuk menggunakan aplikasi ini amat mesra pengguna kerana sistem yang digunakan oleh perisian ini tidak rumit dan senang digunakan. Survey Monkey ini juga memberi pelbagai tips kepada pengguna terutama dalam membentuk soalan soal selidik mereka. Tips yang banyak ini membantu pengguna dalam pemilihan soalan soal selidik agar soalan soal selidik tersebut bersifat mesra penjawab.

Perisian ini juga memudahkan pengguna untuk menambah baik soalan soal selidik ataupun memperbetulkan kesilapan yang dilakukan. Oleh itu, pengguna dapat membaiki soalan soal selidik mereka. Selain itu, perisian aplikasi ini juga memberikan kebebasan kepada penyelidik untuk responden yang diingini. Hal ini akan membolehkan pengkaji mengkategorikan responden yang menjawab soalan soal selidik mereka. Perisian aplikasi ini juga dapat dilakukan dengan cepat. Oleh itu, pengkaji mampu melakukan kajian dengan cepat dalam jangka masa yang pendek dan pengguna boleh melakukan soal selidik sebanyak mungkin dalam masa yang cepat.

 Selain itu, perisian ini juga boleh menunjukkan responden yang telah menjawab soal selidik yang dilakukan. Perisian ini juga memudahkan pengguna untuk menganalisis dapatan kajian mereka. Melalui penggunaan aplikasi ini juga, pengguna boleh mendapatkan peratusan dapatan kajian mereka dengan cepat dan mudah. Oleh itu, kajian yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan cepat dan efektif. Selain itu juga, Survey Monkey ini memudahkan pengguna untuk membentangkan hasil dapatan kajian terus dalam bentuk graf ataupun carta di khalayak ramai. Perisian ini juga membantu dan memudahkan pengguna melakukan soalan soal selidik dalam pelbagai bentuk soalan soal selidik.

KELEMAHAN SURVE MONKEY

            Antara kelemahan yang terdapat dalam Survey Monkey ini ialah ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik jika tidak mempunyai jaringan internet yang baik. Ini akan mengganggu hasil kajian pengkaji dan melambatkan masa pengkaji untuk mendapat jawapan daripada responden. Malahan jika ia digunakan dalam pembelajaran, hanya tempat-tempat tertentu sahaja boleh digunakan kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai kemudahan seperti laptop ataupun komputer. 

Selain itu, kelemahan Survey Monkey ini juga ialah pengguna tidak dapat menggunakan sepenuhnya jika melebihi had yang telah ditetapkan. Tambahan pula, had untuk membina soalan adalah terhad iaitu hanya 10 soalan sahaja yang dibenarkan dan tidak boleh lebih dari itu. Ini akan memaksa pengguna untuk membeli versi perisian survey monkey yang melibatkan kos jika hendak menggunakan lebih daripada 10 soalan yang dibina.

APLIKASI SURVEY MONKEY DALAM P&P ALAF 21

Pada masa kini, dunia pendidikan telah mengalami kemajuan yang berterusan dengan penggunaan teknologi maklumat yang sesuai dengan arus pemodenan negara. Guru pula perlu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Dengan adanya perisian seperti Survey Monkey ini, guru boleh menggunakan perisian ini sama ada dalam mata pelajaran seperti matematik, sains, sejarah dan sebagainya. Pengaplikasian survey monkey dalam kelas memudahkan guru menggunakan kaji selidik bukan sahaja untuk mengukur pembelajaran pelajar tetapi boleh mengajar pelajar bagaimana untuk bertanya soalan.

Contohnya, guru sejarah menggunakan Survey Monkey di dalam kelas untuk membantu pelajar memahami tahap kognitif pemikiran mereka dengan memberi soalan yang berdasarkan fakta atau peristiwa kemudian soalan ini harus dijawab oleh pelajar melalui perisian Survey Monkey. Ini akan membantu guru menilai sejauh mana pemahaman pelajar selepas mempelajari tajuk yang diajar selain menjimatkan masa pembelajaran dan memudahkan pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Guru juga boleh memberi soalan kerja rumah kepada pelajar melalui Survey Monkey untuk memudahkan pemahaman mereka selepas belajar mengenai satu topik. Ini akan meningkatkan ingatan pelajar tersebut kerana membuat latihan secara berulang.

Selain itu, guru juga boleh mengajar pelajar bagaimana untuk membina kaji selidik yang sesuai agar dapat memudahkan pemahaman responden dan senang mendapat jawapan daripada responden. Contohnya, pelajar sejarah yang mempunyai kerja kursus perlu menyiapkan kaji selidik untuk membantu kesahihan bukti pada kajian yang dilakukan. Maka guru sejarah boleh mengajar bagaimana membina soalan yang bersesuaian dengan kajian mereka.

Di samping itu juga, Survey Monkey ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menilai sejauh mana pelajar dapat menjawab soalan berbentuk ujian. Guru boleh mencipta dan memberi soalan ujian dengan menggunakan Survey Monkey tanpa perlu mengeluarkan kertas dan pelajar hanya menjawab melalui perisian tersebut sahaja. Selepas itu, guru boleh memeriksa jawapan pelajar secara mudah dan menjimatkan masa guru tersebut. Ia juga boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk menjana perbincangan yang berlangsung di dalam kelas. Misalnya, guru mengeluarkan soalan yang berbentuk analisis seperti graf yang terdapat dalam survey monkey. Guru boleh menyuruh pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk menganalisis graf tersebut. Ini akan membentuk kerjasama dalam kumpulan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FLICKR


FLICKR



Flickr ialah satu laman web perkongsian gambar yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan inimasi pada gambar tersebut. Flickr juga dikenali sebagai imej hosting dan laman web hosting, web perkhidmatan suite dan komuniti dalam talian. Dengan menggunakan Flickr, pengguna boleh membina set gambar untuk menyusunnya dengan mudah dan juga menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti.

Flickr dilancarkan pada bulan Februari 2004 oleh Ludicorp dan merupakan salah satu daripada alat Web 2.0 yang popular sebelum Picasa. Laman ini menyediakan peralatannya tetapi nilainya terhasil daripada sumbangan komuniti pengguna yang berbentuk gambar-gambar, komen, rating dan organisasi serta perhubungan antara individu yang dipermudahkan oleh laman ini. Flickr juga menyediakan pelbagai tetapan privasi yang memberi pengguna kawalan terhadap cara penggunaan yang diingini untuk gambar-gambar mereka. Gambar dan video boleh diakses dari Flickr tanpa perlu untuk mendaftar akaun tetapi akaun mesti dibuat untuk memuat naik kandungan ke laman web. Pendaftaran akaun juga membolehkan pengguna untuk mencipta halaman profil yang mengandungi gambar dan video.

Walaupun penggunaan Flickr lebih kepada bahan bergambar, namun laman web ini lebih tepat diterangkan sebagai satu tempat untuk berkongsi pengalaman dan membina perhubungan sosial secara maya. Salah satu daripada tanda-tanda kemajuan teknologi adalah keupayaan pengguna untuk menghasilkan bahan sendiri, dan gambar yang paling mudah untuk berkongsi hasil kerja kreatif. Pelajar dan guru atau pensyarah selalunya mempunyai banyak gambar yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Dengan memudahkan perkongsian gambar, Flickr membuktikan bahawa penyumbangan bahan merupakan proses yang amat mudah dan hampir semua bahan yang dikongsi akan ditonton oleh seseorang.

Keupayaan untuk berbual mengenai sesuatu gambar dan mengemas kini gambar tersebut berdasarkan komen yang diterima akan mewujudkan kesedaran berkomuniti atau hidup bermasyarakat. Malah, pengguna Flickr juga amat gemar menggunakan laman web ini serta amat yakin dengan nilainya. Tambahan pula dengan adanya kamera digital yang mudah diperoleh dan digunakan, berjuta-juta orang telah menjadi jurugambar amatur dan laman-laman web seperti Flickr yang menjadi tempat untuk berkongsi gambar dan bertemu dengan orang yang mempunyai minat serupa, walaupun fotografi bukanlah fokus utama mereka.

Sokongan Flickr terhadap lesen Creative Commons menyediakan satu lagi ruang perbincangan mengenai sifat hak cipta yang sentiasa berkembang dalam era digital ini. Akaun  Flickr menawarkan dua jenis akaun iaitu Free  dan Pro. Pengguna akaun Free  dibenarkan untuk memuat naik sehingga 100 MB gambar setiap bulan dan dua video. Akaun Pro pula, membolehkan pengguna untuk memuat naik jumlah foto dan video yang tidak terhad setiap bulan dan menerima lebar jalur serta simpanan yang tidak terhad. Gambar mungkin ditempatkan dalam 60 kumpulan dan pengguna akaun Pro menerima pelayaran bebas-iklan dan mempunyai capaian ke statistik akaun.

KEBAIKAN FLICKR
Pengguna yang membuka akaun dalam Flickr akan mendapati gambar yang dimuat naik ke dalam Flickr mempunyai kualiti yang bagus, terang dan terpelihara. Pengguna juga boleh memampatkan (compress) gambar untuk mengecilkan saiz gambar yang diperlukan mengikut kekreatifan seseorang itu.
          Gambar juga boleh dimuat naik secara pukal terus dari cakera keras (hard disk) komputer dengan menggunakan alat memuat naik Flickr. Kaedah ini dapat menjimatkan masa pengguna yang membuka akaun, selain daripada mudah untuk digunakan.
          Melalui Flickr juga, pengguna yang membuka akaun berpeluang untuk mengenali lebih ramai kenalan yang mempunyai minat sama dalam bidang fotografi. Mereka boleh berkongsi idea yang boleh meningkatkan kemahiran mereka selain dapat meningkatkan hubungan sosial dari segi komunikasi seterusnya dapat membina hubungan yang baik.
          Di samping itu, Flickr juga boleh memperlihatkan kreativiti pengguna dalam bidang fotografi dengan menjadikan gambar begitu menarik setelah menggunakan aplikasi yang terdapat dalam Flickr. Kreativiti dalam fotografi bukan hanya boleh dilihat dalam negara, bahkan pengguna dari luar negara juga boleh melihat kreativiti seseorang itu dengan memuat naik gambar yang menarik.
          
          Flickr juga merupakan salah satu tempat yang selamat sebagai alat simpanan gambar pengguna agar tidak hilang sekiranya berlaku sesuatu dengan komputer mereka. Misalnya, berlaku serangan virus yang boleh menghilangkan dokumen-dokumen seperti gambar.

KELEMAHAN FLICKR

          Aplikasi Flickr tidak terkecuali daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Muatan untuk memuat naik gambar adalah terhad kepada dua video dan 200 keping gambar sahaja bagi pengguna yang mempunyai akaun percuma dalam Flickr. Pengguna akaun percuma ini perlu mengaktifkan akaun agar akaun tidak dihapuskan sekiranya tidak aktif selama 90 hari berturut-turut. Sekiranya pengguna ingin memuat naik gambar dan video dengan lebih banyak tanpa terhad, pengguna perlu membuka akaun baru yang dikenali sebagai Pro. Namun, akaun Pro ini memerlukan pengguna untuk membayar sebanyak RM80 setiap bulan.

          Pemilik akaun Flickr juga terdedah kepada pelanggaran undang-undang dari segi hak cipta terpelihara. Keadaan ini berlaku apabila gambar-gambar yang dimuat turun oleh pengguna lain akan diubah atau diedit kepada sesuatu yang lebih berkualiti. Dengan kata lain berlakunya plagiat.

          Akaun Flickr juga mudah untuk diceroboh oleh pengguna lain yang menggunakan akaun percuma. Hak pengguna akan diceroboh oleh sesiapa sahaja yang mempunyai niat tidak baik. Contohnya, gambar yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

APLIKASI FLICKR DALAM P&P ALAF 21

Flickr memberikan peluang kepada pelajar bidang fotografi dan subjek seni yang lain untuk menerima maklum balas dan menyertai komuniti pakar dan peminat amatur yang akan mendedahkan mereka kepada realiti amalan profesional. Kekuatan ini boleh diperluas kepada bidang lain, seperti yang telah dibuktikan oleh kejayaan projek-projek penceritaan digital dengan penggunaan media visual untuk berkongsi pengalaman peribadi.

Pelajar yang memberikan perhatian kepada kandungan media visual akan mempamerkan hasil pembelajaran yang lebih memuaskan dan kedekatan media visual dengan realiti kehidupan seharian memudahkan pelajar mengaitkan bahan pembelajaran dengan diri mereka. Melalui cara yang sama, Flickr mendedahkan penyertaan pembelajaran pelajar dengan memanfaatkan penggunaan kamera digital yang kini ada di mana-mana sahaja serta keinginan pelajar untuk berkongsi hasil kerja kreatif mereka. Dengan memperkenalkan pengguna kepada teknologi untuk bekerjasama dan bersosial, Flickr menyediakan platform yang mudah dan selesa bagi pelajar untuk melibatkan diri dengan kandungan pelajaran dan komuniti dalam proses pembinaan pengetahuan secara bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DROPBOX


DROPBOX
                   

  Ledakan teknologi masa kini telah memperkenalkan sebuah lagi software iaitu software Dropbox. Dropbox merupakan perkataan yang baru didengar dan penggunaannya tidak meluas sehinggakan terdapat individu yang tidak mengenali apa itu Dropbox. Ianya memberikan banyak manfaat kepada para pengguna namun penggunaannya belum meluas lagi.

     Dropbox adalah perkhidmatan penyimpanan fail yang dikendalikan oleh Dropbox Incorporations yang menawarkan penyimpanan awam, penyenggaraan folder, perkongsian fail dan perisian pelanggan. Secara ringkas, Dropbox membolehkan pengguna untuk mewujudkan folder khas pada setiap komputer mereka. Kemudian, Dropbox menyeragamkan folder itu supaya ia muncul sebagai folder yang sama sekaligus memiliki kandungan yang sama dalam komputer walaupun folder itu dibuka di dalam komputer yang berlainan. Dokumen yang diletakkan di dalam folder ini juga boleh diakses melalui laman web dan aplikasi telefon pintar. Dropbox menyediakan perisian klien untuk Microsoft Windows, Apple Mac OS X, Linux, Google Android, Apple IOS dan BlackBerry OS serta pelayar web.

    Pada bulan April 2012, Dropbox mengumumkan ciri baru yang membolehkan pengguna secara automatik memuat naik gambar atau video dari kamera, tablet, kad SD atau telefon pintar. Pengguna akan diberikan sehingga ke 3 Gigabyte (GB) ruang tambahan untuk memuatkan gambar-gambar dan video yang dimuat naik dalam folder tersebut. Melalui Dropbox ini, pelanggan boleh memadamkan dokumen yang tidak digunakan dalam folder. Walaupun begitu, ia mudah dicari semula oleh pelanggan lain melalui sejarah semakan dan boleh didapati dari mana-mana komputer yang mengandungi Dropbox tersebut. Dropbox menyokong kawalan versi multi-pengguna, membolehkan beberapa pengguna untuk mengedit dan fail semula pasca tanpa penggantian versi.

     Dropbox merupakan perisian atau aplikasi yang dapat membantu untuk backup folder yang terdapat dalam komputer dan diletakkan di dalam Dropbox. Ianya dianggap thumbdrive maya yang boleh dibawa ke mana-mana. Selepas menggunakan Dropbox, kita boleh muat naik fail menggunakan mana-mana komputer di seluruh dunia. Apa yang penting adalah lokasi itu mempunyai talian internet yang baik untuk mempercepatkan proses muat turun serta komputer yang digunakan mestilah mengandungi software Dropbox.

     Dalam masa yang sama, Dropbox juga mempunyai fungsi yang membolehkan kita untuk berkongsi fail kepada sesiapa sahaja yang kita mahu asalkan kedua-dua pihak memiliki akaun Dropbox dan telah install software Dropbox di dalam komputer mahupun telefon mudah alih. Ianya berkongsi dokumen tetapi pihak terlibat akan melihat secara ‘live’ sekiranya dokumen sedang diedit oleh pekongsi dokumen yang sama. Ianya mudah untuk berkongsi fail dengan keluarga, rakan-rakan sama ada rakan sekerja mahupun rakan sekuliah.

    Dropbox memberikan ruangan storan percuma sebanyak 2 GB menerusi pakej Basic Dropbox setelah mendaftar untuk pertama kali. Bagi pakej Pro 50, ianya menawarkan ruangan storan 50GB namun ianya perlu dibayar USD99.00 setahun atau USD9.00 sebulan. Bagi pakej Pro 100 pula, ruangan storan 100GB diberikan dan bayaran USD199.00 setahun atau USD19.90 sebulan. Manakala bagi ruangan storan 1TB ke atas iaitu pakej Teams, Dropbox akan menghantar quotation harga yang bersesuaian dengan keperluan. Jumlah ruangan storan yang diperlukan terpulang kepada para pengguna.

             Dropbox merupakan satu aplikasi yang menyediakan ruang simpanan untuk folder seseorang individu secara online. Aplikasi Dropbox akan mencipta satu folder baru di dalam komputer secara automatik dan folder itu sama seperti folder dalam komputer yang lain setelah install software Dropbox serta mempunyai akaun Dropbox. Setiap kali kita masukkan dokumen ke dalam folder Dropbox, dokumen akan diupload secara automatik ke dalam folder kita yang terletak di dalam Dropbox.com. Dengan ini, kita boleh akses dokumen di dalam folder kita walau di manapun kita berada dan ianya seolah-olah pendrive versi online.
         
         Dropbox boleh digunakan sebagai host kepada produk percuma yang diberikan kepada subscriber sesuatu produk. Ianya dapat digunakan oleh perniagaan online dalam mempromosikan produk-produk jualan peniaga. Selain menggunakan software lain untuk mempromosikan produk, Dropbox juga memainkan peranan di mana ianya boleh dibuka oleh pelanggan untuk membeli produk tersebut walau di mana berada asalkan terdapatnya akses internet.
         
        Selain itu, Dropbox juga merupakan satu aplikasi yang serupa atau menyamai Pendrive atau External Hard Disc yang digunapakai oleh pelajar dan orang ramai untuk menyimpan maklumat seperti dokumen, gambar dan sebagainya. Aplikasi Dropbox amat menarik kerana ianya sangat fleksibel. Penggunaan Dropbox boleh dikatakan selamat kerana apabila sesuatu dokumen atau fail yang dibuat akan disimpan secara automatik ke dalam Dropbox. Ianya amat memudahkan para pengguna agar tidak perlu untuk membawa pendrive ke mana-mana serta dapat menghalang virus yang seringkali merosakkan fail di dalam komputer.
         
            Ianya juga brtindak seolah-olah poket doraemon di mana ianya boleh memuatkan pelbagai jenis folder tidak kira ianya folder muzik, dokumen, gambar, tugasan dan sebagainya. Dengan hanya install software Dropbox dan simpan fail-fail di dalamnya, maka ianya dapat dilhat dengan komputer lain mahupun teleon pintar yang lain.

      BoxyTunes juga merupakan salah satu apikasi yang boleh disatukan dengan penggunaan akaun Dropbox yang terdapat dalam Macbook Pro dan iPhone. Ianya berfungsi untuk memainkan file muzik yang diletakkan di akaun Dropbox yang telah install di dalam telefon pintar. Fail yang disokong oleh BoxyTunes adalah format mp3, m4a, wav, aiff, mp4, caf dan accs.

          Software Dropbox mudah didapati kerana ianya boleh didownload secara percuma malah ianya memberkan banyak manfaat kepada penggunanya. Oleh itu, orang ramai kini bolehlah menggunakan Dropbox bagi memudahkan penyimpanan fail yang penting dan penggunaannya bolehlah disebarkan kepada orang ramai kerana masa kini, orang ramai tidak mengetahui kepentingan penggunaan software Dropbox seperti mana software lain seperti Facebook, Blogger dan lain-lain yang digunakan secara meluas.

KELEBIHAN DROPBOX

         Seperti yang kita sedia maklum, software Dropbox mempunyai kelebihannya tersendiri dan ianya unik berbanding dengan software yang lain walaupun ianya jarang digunakan dan penggunaannya tidak meluas seperti software yang lain. Namun, setelah seseorang individu install software Dropbox, individu tersebut akan mengenali sendiri dan akan berasa kagum dengan kelebihan yang terdapat setelah menggunakan Dropbox.
           
     Pertama, kita tidak memerlukan pendrive atau External Hard Disc serta tidak perlu membawanya ke mana-mana di mana kemungkinan besar ianya akan hilang ataupun dimasuki oleh virus. Dengan adanya Dropbox di dalam komputer, kita tidak perlu memindahkan kerja dari komputer ke notebook dengan menggunakan pendrive. Kita hanya perlu menyimpan maklumat ke dalam folder Dropbox di mana ianya akan secara automatik akan berada di dalam folder Dropbox di dalam notebook. Seperti yang kita sedia maklum, seringkali terdapat virus di dalam pendrive sehingga ianya akan merosakkan folder yang penting. Maka, dengan adana Dropbox, ianya akan memudahkan kita untuk menyimpan dan memindahkan maklumat dalam folder kepada rakan, keluarga mahupun notebook lain.
         
   Kedua, Dropbox menyediakan ruang penyimpanan percuma sebanyak 2GB setelah kita mendaftar buat kali yang pertama secara biasa di laman Dropbox.com. Dropbox juga memberikan keistimewaan kepada pengguna kali pertama mendaftar Dropbox di mana pengguna akan mendapat ruangan storan tambahan sebanyak 500MB. Pengguna boleh upload semua jenis fail seperti dokumen, gambar, zip, muzik dan sebagainya di mana ianya tidak terhad ukuran size yang diupload asalkan tidak melebihi 2GB.

Ketiga, Dropbox berupaya untuk menyegerakan folder yang terdapat dalam Dropbox dengan peranti yang kita gunakan. Dropbox akan tersegerakan dengan komputer yang kita gunakan tidak kira ianya Windows, Linux ataupun Mac. Ianya dapat tersegerakan juga kepada beberapa peranti telefon mudah alih seperti iPhone, Blackberry dan iPad. Ianya dapat backup folder yang ingin diguna dan memindahkan ke folder Dropbox yang ada di komputer sehingga folder secara automatik akan tersegerakan dengan server. Dengan ini, kita tidak peru bersusah payah untuk menyegerakan sendiri folder kita kerana Dropbox telah melakukannya kepada kita khasnya folder yang terdapat di dalam Dropbox.

Keempat, Dropbox ini amatlah istimewa kerana kita boleh berkongsi dokumen dalam folder di mana-mana sahaja serta menyenangkan kita supaya dapat berbahagi fail apapun kepada sesama pengguna Dropbox. Biasanya apabila pelajar membuat assignment dalam kumpulan, salah satu masalah adalah apabila mengumpulkan assignment yang telah dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan. Dengan memiliki software Dropbox, setiap ahli kumpulan hanya perlu memasukkan assignment tadi di dalam folder Dropbox pada komputer masing-masing. Ianya juga dapat mengelakkan daripada virus melalui pendrive.

Kelima, Dropbox menjadi agen penyelamat sekiranya berlaku sesuatu terhadap komputer atau notebook pengguna kerana aplikasi ini boleh digunakan secara meluas melalui telefon pintar, iPad dan sebagainya. Jika berlaku apa-apa pada komputer ataupun notebook, dokumen yang berada dalam folder Dropbox tidak akan terjejas dan boleh akses dari komputer lain dengan hanya melayari website Dropbox. Dokumen-dokumen penting haruslah dijadikan folder penting dan perlulah ‘copy’ ke dalam folder Dropbox sebagai backup sekiranya sesuatu yang tidak diingini ke atas komputer. Ini sebagai langkah yang bijak untuk menyelamatkan folder penting.

Keenam, dengan menggunakan Dropbox dapat menjadikan folder secara selari. Sebagai contoh, apabila kita mengedit dokumen dalam folder Dropbox, setelah menekan save, Dropbox akan menyegerakan fail ini kepada semua komputer yang lain atau telefon mudah alih yang telah install software Dropbox dengan serta-merta dan secara automatik. Ianya akan berlaku secara automatik bagi akaun yang sama. Bagi folder yang dikongsi dengan pengguna yang lain, ianya akan diselarikan apabila pengguna lain membuka akaun mereka dan juga mendapat folder yang dikongsi. Ini menyenangkan pengguna tidak kira di mana sahaja berada apabila memerlukan folder yang penting asalkan memiliki software Dropbox.

 Ketujuh, software Dropbox adalah dapat digunakan di telefon pintar bagi memudahkan untuk mendownload fail. Ianya diintegrasikan dengan iPad, iPhone, Blackberry dan Android. Oleh itu, apa-apa dokumen yang berada dalam Dropbox terdapat dalam komputer ataupun notebook, ianya akan dapat dibuka menggunakan telefon pintar oleh pengguna yang sama dengan hanya log in menggunakan akaun Dropbox yang sama. Tambahan pula, pada masa kini, hampir setiap individu memiliki telefon pintar. Dengan ini, software Dropbox penting serta setiap telefon pintar hendaklah install software Dropbox sebagai agen penyelamat folder terutamanya yang mengandungi dokumen penting.

          Di samping itu, kelebihan Dropbox yang kelapan iaitu software Dropbox boleh akses di mana-mana selagi ada akses internet. Apabila pengguna ingin mendapatkan dokumen yang tertinggal di dalam komputer di rumah, ianya dengan mudah mendapatkan dokumen tersebut di dalam Dropbox. Tambahan pula, di mana-mana kawasan pada masa kini memiliki WiFi percuma, akses internet daripada telefon pintar dan sebagainya. Maka, dengan ini folder yang penting hendaklah disimpan di dalam Dropbox kerana ianya disimpan dalam keadaan yang selamat biarpun komputer rosak.

          Dengan ini, kita memperoleh banyak manfaat dengan memiliki software Dropbox dalam komputer rumah, notebook dan juga telefon pintar. Penggunaannya bolehlah disebarkan secara meluas kerana ianya mendatangkan kebaikan kepada para penggunanya.

KEKURANGAN DROPBOX

 Namun, Dropbox juga mempunyai kekurangannya tersendiri. Pertama, ruangan storan percuma yang disediakan hanya 2GB dan ianya tidak cukup untuk menyimpan folder yang banyak. Bagi mendapatkan ruangan storan yang lebih besar iaitu 50GB ke atas, ianya memerlukan bayaran. Hal ini menyebabkan pengguna kurang untuk berminat untuk menggunakan Dropbox kerana perlu membayar untuk mendapatkan ruangan storan yang besar saiznya.
.
        Selain itu, software Dropbox juga mempunyai kelemahannya iaitu pengguna tidak dapat akses folder yang terdapat di dalam akaun Dropbox sekiranya tidak ada akses internet. Hal ini menyukarkan sekiranya di sesetengah kawasan tidak memiliki akses internet terutamanya apabila ingin mendapatkan dokumen penting dengan keadaan yang segera. Namun, Dropbox banyak memberi manfaat penggunaannya berbanding dengan keburukannya.

APLIKASI DROPBOX DALAM P&P ALAF 21

Teknologi 2.0 adalah sebahagian daripada alatan bermanfaat untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Oleh itu, para pendidik perlu menyesuaikan model pedagogi jika hendak menggunakan alatan rangkaian sosial untuk sesi pembelajaran dan pengajaran supaya dapat disesuaikan dengan pelajar abad kini.

Bahan kursus melalui kandungan modul, perbincangan melalui forum, pelaksanaan kuiz atau ujian serta penggunaan digital Dropbox untuk tujuan menghantar dan menerima dokumen yang tertentu seperti surat, tugasan pelajar dan sebagainya. Bahan kursus yang dimuat naik oleh pensyarah boleh disediakan dalam bentuk format seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, Flash, Video, Audio, PDF dan lain-lain.

Setiap hari, rutin seorang guru tidak boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai dokumen. Kebiasaannya, setiap guru akan menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dalam melakukan tugasan sekolah mahupun dalam penyediaan bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, sering kali menjadi masalah ialah kaedah penyimpanan yang cekap. Sebagai contoh, apabila seorang guru membuat kerja dalamkomputer di rumah dan apabila hendak print di sekolah, dokumen tertinggal dalam komputer di rumah. Jadi, ianya tidak menjadi masalah apabila terdapatnya Dropbox di dalam mana-mana komputer dan boleh akses internet kerana dokumen tersebut dapat diambil menggunakan Dropbox.

Memandangkan Dropbox merupakan sebuah perisian penyimpanan fail dan boleh dikongsi serta diakses mana-mana komputer, guru boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar pelajar. Pelajar-pelajar tersebut boleh membuat akaun Dropbox sendiri melalui komputer sendiri. Kemudian, guru boleh memberi kerja rumah atau latihan kepada pelajar dan pelajar boleh menyiapkan latihan tersebut dan diperiksa oleh guru tersebut. Melalui Dropbox ini, pelajar boleh melihat kerja rumah dan latihan mereka yang telah diperiksa oleh guru, kemudian membetulkan kesalahan yang ada. Melalui Dropbox ini juga, pelajar boleh mengikuti perkembangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru apabila ada maklumat yang terbaru.

Pada masa kini, bukan menjadi masalah yang besar bagi pelajar untuk memiliki akaun Dropbox. Ini kerana, kerajaan telah membekalkan 1 murid 1 komputer. Oleh itu, guru-guru juga boleh manfaatkan komputer dengan mengagihkan kerja sekolah lanjutan kepada pelajar menerusi software Dropbox. Dengan adanya aplikasi Dropbox dalam komputer pelajar, ini memudahkan lagi menghantar kerja sekolah lanjutan atau kerja kursus menerusi Dropbox. Ini bukan hanya menjimatkan masa malah ianya sebagai satu alternatif penting apabila pelajar sering kali lupa untuk membawa buku yang mengandungi kerja sekolah lanjutan.

Di samping itu juga, para pelajar tidak perlu membawa komputer untuk pembentangan tugasan di dalam kelas. Para pelajar hanya perlu membawa pendrive sebagai backup fail sekiranya berlaku ketiadaan talian internet WiFi di sekolah. Guru pula tidak perlu membawa notebook kerana guru akan menggunakan komputer yang dibekalkan di sekolah terutamanya di dalam bilik ICT. Oleh itu, guru hanya perlu mendapatkan bahan bantuan mengajar (BBM) daripada akaun Dropbox di mana BBM ini telah save di rumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WEB 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0



WEB 1.0

          Ledakan teknologi bermula dari tahun 1990 di mana perkembangan web berlaku ataupun ianya lebih dikenali dengan penggunaan internet di mana individu boleh mengakses maklumat secara global di dalamnya. Penggunaan web 1.0 adalah bermula hingga tahun 1990 hingga 2001. Penggunaan laman web Yahoo yang merupakan alat web 1.0 adalah digunakan secara meluas dalam mengakses maklumat. Web 1.0 merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dan merupakan sebuah bentuk revolusi terbaru dalam dunia internet. Tujuan pengembangan dari web ini adalah untuk memudahkan orang ramai memperoleh maklumat secara global.

Web 1.0 adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi makumat dan informasi yang bersifat satu arah. Isi kandungan yang terdapat dalam web 1.0 adalah dikendalikan oleh pentadbirnya maka pengunjung ke laman yang telah dicipta dengan web 1.0 hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan. Ini dapat dikatakan bahawa para pengunjung hanya boleh membaca sahaja setiap laman yang dicipta dengan menggunakan web 1.0.

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam web 1.0 iaitu ianya merupakan halaman web yang static atau hanya berfungsi untuk memberi maklumat sahaja setelah ianya dikendalikan oleh individu yang ingin berkongsi apa sahaja maklumat dalam peringkat global. Halaman web ini direka bentuk sebagai html yang mana orang ramai hanya boleh melihat dan membaca apa sahaja kandungan di dalamnya tanpa wujudnya interaksi dua hala. E-mail merupakan salah satu alat dalam web 1.0 di mana orang ramai hanya boleh menaip di dalamnya.

Dalam era perkembangan web 1.0, teknologi internet bagaikan sebuah buku ajaib di mana setiap individu boleh mengakses apa sahaja maklumat secara global di dalamnya. Ianya amat penting dalam membantu setiap individu untuk mencari maklumat secara online sahaja.

WEB 2.0

            Era web 2.0 bermula dari 2001 sehingga sekarang. Ianya adalah kesinambungan teknologi serta penambahbaikan daripada web 1.0. Ianya dikendalikan secara meluas dan wujudnya beberapa alat web 2.0 seperti Youtube, Facebook, Flickr, Dropbox dan sebagainya yang membolehkan interaksi secara dua hala dalam kalangan pengguna yang mengakses laman web tersebut. Web 2.0 juga bukan hanya dikendalikan oleh individu yang mencipta laman tersebut namun ianya boleh turut dikendalikan oleh pengunjung alat web 2.0 tersebut.

          Melalui web 2.0, masyarakat bukan sahaja dapat melayari laman web, malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Interaksi secara dua hala akan berlaku dengan menggunakan alat dalam web 2.0 tanpa mengira di mana sahaja pengguna berada. Contohnya Facebook, pengguna boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira di mana sahaja berada. Para pengguna juga boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi gambar, video dan maklumat terbaru dengan menggunakan alat web 2.0 seperti Facebook, Blog, Dropbox dan sebagainya.

          Web 2.0 juga merupakan sistem yang terbuka kerana sesiapa sahaja boleh mengakses dan berkongsi maklumat. Ianya membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang pengguna mencipta sendiri seperti identiti untuk berinteraksi di ruangan maya serta dapat berhubung dengan rangkaian sosial lain. Alat-alat web 2.0 juga membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen dan sebagainya seperti yang ada pada blog, forum, jaringan sosial seperti Friendster, Facebook, Twitter dan sebagainya. Maka, dengan ini akan menjalinkan persahabatan secara global tidak kira dari negara mana sekalipun.

Pengguna juga boleh mengubahsuai muka laman mengikut idea dan kreativiti diri sendiri seperti mengubahsuai latar belakang, memasukkan elemen-elemen seperti gambar, audio, video, grafik, animasi dan teks. Pengguna boleh memasukkan latar belakang daripada template yang telah disediakan atau ingin memasukkannya melalui kod-kod yang disediakan dalam laman-laman web tertentu bagi pengguna yang ingin mencipta blog sendiri.
           
            Web 2.0 juga memberikan manfaat kepada dunia perniagaan di mana seseorang peniaga boleh mengiklankan perniagaan menerusi jalur lebar web 2.0. Perniagaan boleh dijalankan secara maya melalui jaringan sosial. Peniaga boleh memasarkan barangan dan menerima pembayaran elektronik yang boleh dilakukan di mana sahaja. Di samping itu juga, masyarakat boleh mengenali pemimpin negara dengan lebih dekat menerusi laman sosial ini. Malah, masyarakat boleh menyuarakan pendapat kepada pemimpin tersebut serta mudah untuk mengetahui perkembangan semasa di dalam negara.

WEB 3.0

          Web 3.0 merupakan web generasi ketiga selepas web 1.0 dan web 2.0 serta penggunaannya adalah bermula pada 2010. Ianya adalah menambahbaik aplikasi yang terdapat dalam web 1.0 dan web 2.0. Web ini adalah bercirikan web semantik atau dikenali dengan makna data, peribadi contohnya iGoogle, carian pintar dan pengiklanan tingkah laku dalam kalangan perkara-perkara lain.

          Web 3.0 memudahkan pengguna untuk melayari carian internet dengan hanya menaip kata kunci maklumat yang ingin dicari. Melalui carian yang dilakukan juga dapat mencadangkan kandungan lain yang berkaitan. Ianya juga dapat dijadikan sebagai tempat penyimpanan data di mana ianya akan menukar data yang terpisah agar menjadi satu. Tambahan pula, ianya merupakan jaringan di mana-mana sahaja iaitu dengan maklumat yang diakses menjadi media. Web 3.0 juga berfungsi sebagai sumber platform yang terbuka dan percuma sekaligus maklumat adalah bebas.

                Pada masa kini, kita dapat melihat aplikasi web 3.0 melalui smart phone yang masyarakat gunakan. Dengan hanya menggunakan smart phone, pelbagai aplikasi dapat diperolehi seperti Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Malah, dengan begitu mudah pengguna mencari maklumat.

Tambahan pula Web 3.0 yang merupakan web sematik adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir dimana apabila kita mencari sebuah perkataan, contohnya “kuda”. Pengguna akan memperolehi semua maklumat dan data biologi tentang spesies kuda. Contohnya mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda dan sebagainya.

Sebelum wujudnya web 3.0, carian maklumat untuk menentukannya hanya boleh dilakukan oleh manusia. Melalui web semantik, komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk berfikir, menganalisis dan menentukan maklumat yang sedang dicari.

WEB 4.0

          Web 4.0 adalah generasi web keempat selepas web 1.0, web 2.0 dan web 3.0. Web 3.0 dianggap sebagai generasi mendalam di mana 3D digabungkan dengan web 3.0 atau Web Semantik untuk mewujudkan dunia maya seperti yang kini terdapat dalam permainan. Tambahan pula, web 3.0 ini akan menghalang penyalinan digital kandungan. Pada masa kini,web 4.0 masih dalam proses pelaksanaannya.

          Melalui web 4.0, maklumat dalam kandungan web akan dibaca oleh mesin dan bertindak dalam bentuk pelaksanaan. Ianya akan memilih apa yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu serta memuatkan laman web dengan pantas, berkualiti tinggi dan yang terbaik. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0 namun ianya jelas menunjukkan bahawa web 4.0 akan dijadikan sebagai satu saluran teknologi dan akan dijadikan satu web pintar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Guru Abad Ke-21


Peranan Guru Pada Abad Ke-21

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara adalah penting bukan hanya kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak–kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai–nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat tiga tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua-dua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

Sehubungan itu, pelbagai dasar dan pembaharuan pendidikan dilaksanakan kerajaan bertujuan memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentu untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Tanggungjawab guru untuk melakukan transformasi atau perubahan dalam pendidikan negara sangat besar. Ia bermula daripada cara guru mengaplikasikan Dasar Pendidikan Negara secara berkesan. Mereka mesti memahami agenda transformasi yang dilaksanakan. Justeru, jati diri guru mestilah tinggi supaya mampu mengikuti rentak dirancang kerajaan dalam bidang pendidikan. Guru perlu mempunyai rasa pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi institusi masing-masing.

Oleh itu guru pada abad ke-21 perlu memiliki kemampuan dalam semua aspek perguruan sejajar dengan kehendak negara kerana daripada peringkat pemilihan calon guru, latihan, fasa induksi, pembangunan profesionalisme berterusan sehingga ke peringkat penilaian serta pengurusan prestasi guru itu sendiri, dipastikan sentiasa berada pada tahap tinggi.


Menurut dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan panduan untuk memperkasa dan melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi profesional perguruan atau piawaian yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu para guru mencapai tahap kompetensi ditetapkan. Secara ringkasnya, ada tiga peranan utama seorang guru. Pertama, guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid. Kedua adalah mengajar kemahiran dan ketiga adalah menerapkan nilai serta akhlak mulia dalam diri pelajar.

Tugas guru abad ke-21 dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai ejen perubahan. Selain digelar pendidik, pensyarah serta tutor, guru juga bergelar fasilitator, mentor, murabbi, mursyid, muaddid, musyrif, mudarris dan mualim. Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat.

Antara cabaran terbesar dihadapi oleh guru pada abad ke-21 ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta memberikan komitmen dengan melaksanakan pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan. Guru daripada pelbagai latar belakang, anutan agama atau bangsa haruslah melibatkan diri dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh serta berkekalan. Maka, dalam menjayakan harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban, bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.

Oleh itu peranan guru pada abad ke-21 sangat besar kerana perlu melahirkan pelajar yang kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), mempunyai kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan harmoni, semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan dan mempunyai keterampilan diri yang baik. Bagi melahirkan pelajar seperti ini, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu pembelajaran abad ke-21. Antara ciri-cirinya adalah guru tersebut perlu  menguasai subjek (kandungan kurikulum),  mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Selain itu, guru itu juga perlu memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Para guru juga perlu memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) serta memiliki kemahiran kaunseling. Guru abad ke-21 perlu mahir menggunakan teknologi terkini supaya dapat mengaplikasikannya di dalam pengajaran.
           
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dan menguasai dalam  pelbagai bidang. Ini kerana penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains Komputer dengan Pendidikan Islam Pendekatan Bersepadu. Bagi memastikan seseorang pendidik itu mampu menguasai pelbagai bidang, guru hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

        Selain itu, guru abad ke-21 juga perlu mengikuti perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan. Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi sekolah berasaskan ICT perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

Perkara yang paling penting seorang guru juga perlu mahir dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan tradisional yang mana sistem P&P diamalkan hanya berpusatkan kepada guru (teachers-centred). Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu wajib mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

           Guru pada abad ini juga perlu mahir menggunakan Teknologi Terkini. Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian. Selain itu guru abad ke-21 juga perlu menerapkan nilai-nilai murni iaitu para pelajar mempunyai akhlak yang baik. Beretika merupakan satu elemen sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Selain daripada mendapat pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama manusia terutamanya pelajar, rakan sekerja serta masyarakat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS