Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Powered by Blogger.
RSS

FLICKR


FLICKR



Flickr ialah satu laman web perkongsian gambar yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan inimasi pada gambar tersebut. Flickr juga dikenali sebagai imej hosting dan laman web hosting, web perkhidmatan suite dan komuniti dalam talian. Dengan menggunakan Flickr, pengguna boleh membina set gambar untuk menyusunnya dengan mudah dan juga menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti.

Flickr dilancarkan pada bulan Februari 2004 oleh Ludicorp dan merupakan salah satu daripada alat Web 2.0 yang popular sebelum Picasa. Laman ini menyediakan peralatannya tetapi nilainya terhasil daripada sumbangan komuniti pengguna yang berbentuk gambar-gambar, komen, rating dan organisasi serta perhubungan antara individu yang dipermudahkan oleh laman ini. Flickr juga menyediakan pelbagai tetapan privasi yang memberi pengguna kawalan terhadap cara penggunaan yang diingini untuk gambar-gambar mereka. Gambar dan video boleh diakses dari Flickr tanpa perlu untuk mendaftar akaun tetapi akaun mesti dibuat untuk memuat naik kandungan ke laman web. Pendaftaran akaun juga membolehkan pengguna untuk mencipta halaman profil yang mengandungi gambar dan video.

Walaupun penggunaan Flickr lebih kepada bahan bergambar, namun laman web ini lebih tepat diterangkan sebagai satu tempat untuk berkongsi pengalaman dan membina perhubungan sosial secara maya. Salah satu daripada tanda-tanda kemajuan teknologi adalah keupayaan pengguna untuk menghasilkan bahan sendiri, dan gambar yang paling mudah untuk berkongsi hasil kerja kreatif. Pelajar dan guru atau pensyarah selalunya mempunyai banyak gambar yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Dengan memudahkan perkongsian gambar, Flickr membuktikan bahawa penyumbangan bahan merupakan proses yang amat mudah dan hampir semua bahan yang dikongsi akan ditonton oleh seseorang.

Keupayaan untuk berbual mengenai sesuatu gambar dan mengemas kini gambar tersebut berdasarkan komen yang diterima akan mewujudkan kesedaran berkomuniti atau hidup bermasyarakat. Malah, pengguna Flickr juga amat gemar menggunakan laman web ini serta amat yakin dengan nilainya. Tambahan pula dengan adanya kamera digital yang mudah diperoleh dan digunakan, berjuta-juta orang telah menjadi jurugambar amatur dan laman-laman web seperti Flickr yang menjadi tempat untuk berkongsi gambar dan bertemu dengan orang yang mempunyai minat serupa, walaupun fotografi bukanlah fokus utama mereka.

Sokongan Flickr terhadap lesen Creative Commons menyediakan satu lagi ruang perbincangan mengenai sifat hak cipta yang sentiasa berkembang dalam era digital ini. Akaun  Flickr menawarkan dua jenis akaun iaitu Free  dan Pro. Pengguna akaun Free  dibenarkan untuk memuat naik sehingga 100 MB gambar setiap bulan dan dua video. Akaun Pro pula, membolehkan pengguna untuk memuat naik jumlah foto dan video yang tidak terhad setiap bulan dan menerima lebar jalur serta simpanan yang tidak terhad. Gambar mungkin ditempatkan dalam 60 kumpulan dan pengguna akaun Pro menerima pelayaran bebas-iklan dan mempunyai capaian ke statistik akaun.

KEBAIKAN FLICKR
Pengguna yang membuka akaun dalam Flickr akan mendapati gambar yang dimuat naik ke dalam Flickr mempunyai kualiti yang bagus, terang dan terpelihara. Pengguna juga boleh memampatkan (compress) gambar untuk mengecilkan saiz gambar yang diperlukan mengikut kekreatifan seseorang itu.
          Gambar juga boleh dimuat naik secara pukal terus dari cakera keras (hard disk) komputer dengan menggunakan alat memuat naik Flickr. Kaedah ini dapat menjimatkan masa pengguna yang membuka akaun, selain daripada mudah untuk digunakan.
          Melalui Flickr juga, pengguna yang membuka akaun berpeluang untuk mengenali lebih ramai kenalan yang mempunyai minat sama dalam bidang fotografi. Mereka boleh berkongsi idea yang boleh meningkatkan kemahiran mereka selain dapat meningkatkan hubungan sosial dari segi komunikasi seterusnya dapat membina hubungan yang baik.
          Di samping itu, Flickr juga boleh memperlihatkan kreativiti pengguna dalam bidang fotografi dengan menjadikan gambar begitu menarik setelah menggunakan aplikasi yang terdapat dalam Flickr. Kreativiti dalam fotografi bukan hanya boleh dilihat dalam negara, bahkan pengguna dari luar negara juga boleh melihat kreativiti seseorang itu dengan memuat naik gambar yang menarik.
          
          Flickr juga merupakan salah satu tempat yang selamat sebagai alat simpanan gambar pengguna agar tidak hilang sekiranya berlaku sesuatu dengan komputer mereka. Misalnya, berlaku serangan virus yang boleh menghilangkan dokumen-dokumen seperti gambar.

KELEMAHAN FLICKR

          Aplikasi Flickr tidak terkecuali daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Muatan untuk memuat naik gambar adalah terhad kepada dua video dan 200 keping gambar sahaja bagi pengguna yang mempunyai akaun percuma dalam Flickr. Pengguna akaun percuma ini perlu mengaktifkan akaun agar akaun tidak dihapuskan sekiranya tidak aktif selama 90 hari berturut-turut. Sekiranya pengguna ingin memuat naik gambar dan video dengan lebih banyak tanpa terhad, pengguna perlu membuka akaun baru yang dikenali sebagai Pro. Namun, akaun Pro ini memerlukan pengguna untuk membayar sebanyak RM80 setiap bulan.

          Pemilik akaun Flickr juga terdedah kepada pelanggaran undang-undang dari segi hak cipta terpelihara. Keadaan ini berlaku apabila gambar-gambar yang dimuat turun oleh pengguna lain akan diubah atau diedit kepada sesuatu yang lebih berkualiti. Dengan kata lain berlakunya plagiat.

          Akaun Flickr juga mudah untuk diceroboh oleh pengguna lain yang menggunakan akaun percuma. Hak pengguna akan diceroboh oleh sesiapa sahaja yang mempunyai niat tidak baik. Contohnya, gambar yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

APLIKASI FLICKR DALAM P&P ALAF 21

Flickr memberikan peluang kepada pelajar bidang fotografi dan subjek seni yang lain untuk menerima maklum balas dan menyertai komuniti pakar dan peminat amatur yang akan mendedahkan mereka kepada realiti amalan profesional. Kekuatan ini boleh diperluas kepada bidang lain, seperti yang telah dibuktikan oleh kejayaan projek-projek penceritaan digital dengan penggunaan media visual untuk berkongsi pengalaman peribadi.

Pelajar yang memberikan perhatian kepada kandungan media visual akan mempamerkan hasil pembelajaran yang lebih memuaskan dan kedekatan media visual dengan realiti kehidupan seharian memudahkan pelajar mengaitkan bahan pembelajaran dengan diri mereka. Melalui cara yang sama, Flickr mendedahkan penyertaan pembelajaran pelajar dengan memanfaatkan penggunaan kamera digital yang kini ada di mana-mana sahaja serta keinginan pelajar untuk berkongsi hasil kerja kreatif mereka. Dengan memperkenalkan pengguna kepada teknologi untuk bekerjasama dan bersosial, Flickr menyediakan platform yang mudah dan selesa bagi pelajar untuk melibatkan diri dengan kandungan pelajaran dan komuniti dalam proses pembinaan pengetahuan secara bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment