Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Powered by Blogger.
RSS

infografik(zamzalina)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

powerpoint(zubidah)

http://www.slideshare.net/rhona86/penyebaran-islam-di-asia-tenggara5-slide

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

latihan excel (zubidah)

http://www.slideshare.net/rhona86/excel-zubidah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

infografik(zubidah)

http://www.slideshare.net/rhona86/1-slide-15801489

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

assignment edmodo(zubidah)


 1.ciri-ciri reka cipta visual :
mudah difahami, dan jelas
mesej dapat dikesan dengan baik
interaksi aktif antara pelajar dengan guru
bantu fokuskan perhatian
Menggunakan visual / gambar
berlakunya decode dan incode
pemilihan warna yang sesuai
balance
Arrangement


Proses:
Melukis visual
Teknik penulisan /jenis tulisan
clip art
Mereka bentuk visual menggunakan komputer

2.JAWAPAN SOALAN 1
Literasi video ialah mana-mana media elektronik yang menggunakan pergerakan gambar untuk menyampaikan pesanan boleh dirujuk sebagai video. Boleh juga diistilahkan sebagai storan elektronik imej bergerak (contoh DVD). Literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil video atau melibatkan penghasilan video. Lima asas utama untuk memahami literasi video ialah:
1. Penulis membina message atau pesanan
2. Format yang unik untuk setiap mesej
3. Penonton mempunyai tafsiran yang berbeza.
4. Pandangan dan nilai sebahagian daripada mesej yang ingin disampaikan
5. Kebanyakan mesej yang disampaikan mepunyai tujuan tertentu.
Oleh itu, literasi video adalah satu bentuk media yang dibina untuk tujuan tertentu dan mudah difahami oleh penonton. Video yang dihasilkan melibatkan pergerakan. contohnya, drama ringkas yang mempunyai mesej tertentu.

JAWAPAN SOALAN 2
Proses menonton boleh berpandukan dengan bertanya soalan menangani konsep teras
1. Siapa yang mencipta mesej ini
2. Teknik kreatif Apa yang digunakan untuk menarik perhatian saya
3. Bagaimana pelbagai orang memahami mesej ini dengan pandangan yang berbeza
4. Apa nilai, gaya hidup, dan pandangan utama dalam mesej yang disampaikan
5. Apakah tujuan mesej dihasilkan?

Menghasilkan video
1. Apa yang saya tulis/bina?
2. mesej yang dibuat mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti, dan teknologi ?
3. Adakah mesej saya menarik untuk menarik penonton sasaran saya ?
4. Adakah saya jelas dan berterusan merangka nilai, gaya hidup, dan pandangan dalam mesej saya?
5. Adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan?

JAWAPAN SOALAN 3
Pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan penggunaan aplikasi video kerana melalui kaedah ini minat pelajar dapat dipertingkatkan dengan menonton atau melihat video yang berfaedah dalam P&P yang dijalankan. Contohnya dalam set induksi dan dalam isi kandungan pelajaran. P&P dapat dijalankan walaupun guru atau murid tidak berada dalam kelas. banyak video yang menarik untuk dikaitkan dengan topik yang ingin diajar. Penggunaan video boleh diajar dalam kuantiti pelajar yang ramai asalkan mempunyai internet.

JAWAPAN SOALAN 4
Jenis video pendidikan
1) Dokumentari video
Adalah medium utama untuk mendokumenkan peristiwa sebenar atau dilakukan kembali dan membawa mereka ke dalam kelas. dokumentari berkait dengan fakta, bukan fiksyen atau versi fictionalized fakta. dokumentari cuba untuk menggambarkan dasarnya benar cerita tentang situasi rakyat yangsebenar. Banyak pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, seperti Sistem Penyiaran Awam, kerap menghasilkan dokumentari yang ketara. Sebagai contoh, program seperti Nova dan National Geographic Speacials menawarkan dokumentari cemerlang dalam sains, budaya dan alam semula jadi, banyak yang boleh didapati untuk melihat di internet. Dokumentari boleh membawa pelajar kehidupan yang sebenar dan membolehkan mereka meletakkan diri mereka yang sebenarnya.
2. Dramatizition
Pelakonan melalui drama juga merupakan tempat yang sangat baik untuk membina watak pelajar dan sikap positif dalam bidang seperti budaya, kurang upaya, harga diri, dan bekerja secara berkumpulan.
3. Penceritaan Video
Kemahiran yang penting untuk membangunkan pelajar-pelajar semua peringkat umur. Penceritaan video membolehkan pelajar untuk menjadi lebih kreatif untuk membangunkan penulisan mereka, literasi visual dan kemahiran pengeluaran video. Matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar-pelajar untuk meluahkan idea melalui cerita. Dalam proses itu, pelajar kedua-duanya boleh mengajar dan belajar daripada satu sama lain.
4. Lawatan lapangan Maya.
Video boleh mengambil pelajar ke tempat-tempat mereka mungkin tidak dapat untuk pergi sebaliknya. Contohnya, pelajar boleh pergi pada lawatan maya piramid Mesir. Video meningkatkan dan membina pengetahuan yang diperoleh daripada membaca buku teks penerangan internet,, atau mendengar ceramah-ceramah.

JAWAPAN SOALAN 5
Proses untuk memilih dan menilai video
Memilih video yang mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar dan berkait dengan objektif pembelajaran pada hari tersebut.
Menilai video. Selepas anda telah meletak beberapa video yang berpotensi berguna, menggunakan alat penilaian untuk menilai penjajaran dengan pelajaran anda. Beberapa sekolah dan laman web guru talian menawarkan borang penilaian standard daripada penilaian teliti yang melibatkan pelbagai faktor kepada orang lain yang lebih acuh tak acuh. Satu bentuk penilaian yang baik adalah ringkas cukup untuk tidak menakutkan tetapi lengkap cukup untuk membantu guru memilih bahan-bahan yang akan meningkatkan pembelajaran pelajar. Dalam beberapa kes, keputusan penilaian membantu membuat keputusan ke atas pembelian atau penyewaan tajuk-tajuk tertentu. Penilaian dibuat untuk memastikan adakah matlamat tercapai?

Latihan Bab 11: Using Multimedia To Engage Learners
Muka surat:278

3. Obtain an example of manipulative(s) that you could use for instruction. Submit the
manipulative(s) and a description of how you would use it, including an objective.

Manipulatif adalah objek yang boleh dilihat dan dikendalikan dalam suasana pembelajaran. Mereka sering dimasukkan ke dalam pusat pembelajaran dan modul pengajaran. Terdiri tiga jenis manipulatif iaitu objek sebenar, model dan olok-olok.. Mereka sering termasuk di pusat-pusat pembelajaran dan modul instructional . Lawatan lapangan, memaparkan, dan diorama mungkin termasuk manipulatif. Mereka menarik perhatian pelajar dan menggalakkan pembelajaran kerana pelajar boleh mengendalikan dan memeriksa mereka.
Contoh manipulasi yang digunakan untuk arahan adalah seperti berikut: Manipulatif seperti butang, kekacang, kiub, dan kaunter haiwan boleh membantu golongan muda membangunkan pemahaman terhadap nombor yang membentuk asas bagi pengiraan aritmetik, dan aplikasi dunia sebenar. Mereka boleh digunakan untuk membandingkan serta menyusun dan mengklasifikasikan. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh menggunakan mana-mana objek untuk membuat, mengira, dan koleksi perintah objek. (Contoh Berikan saya empat butang. Berapa banyak kacang berada di sana Letakkan kumpulan ini dalam perintah daripada yang terkecil hingga terbesar.)
Pertama, guru perlu memilih manipulatif untuk menyokong objektif pelajaran di samping mengambil kira pertimbangan pelajar iaitu gaya pembelajaran agar manipulatif yang dipilih sesuai dan berkesan. Kemudian memperkenalkan manipulatif tersebut kepada pelajar dan cuba adakan perbincangan bagi menggalakkan pelajar untuk bercakap dan menulis tentang apa yang mereka telah dipelajari.
 Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
SEBELUM:
1. Video mesti sesuai dengan topik pada hari tersebut.
2. Video mesti sesuai dengan pelajar yang tidak mempunyai unsur-unsur negatif.
3. Guru perlu menyediakan alat-alat seperti projektor,speaker, dan liptop.
4. Video yang ditayangkan tidak terlalu panjang yang boleh membosankan pelajar.
5. Bagi arahan yang jelas kepada pelajar. Seperti apa yang perlu dilakukan ketika menonton video.
SEMASA:
1. Bagi soalan kepada pelajar dan pelajar mencari jawapan dalam tayangan tersebut.Pelajar dapat tumpukan perhatian.
2. Guru tidak boleh menganggu tumpuan pelajar dengan bercakap ketika video dirakamkan.
3.Tayangkan video mengikut kesesuaian masa.
SELEPAS:
1. Kembalikan alat-alat seperti projektor, speaker ditempat asal.
2. Guru beri penerangan tentang video tersebut. Seperti nilai-nilai moral.
3. Pelajar menjawab soalan yang diberikan berdasarkan video tersebut.

 Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
1. Kemudahan yang tidak lengkap.Contohnya x ada projektor dalam kelas.
2. Bekalan elektrik tidak ada atau tiba-tiba 'black-out'.
3. Audio yang kurang jelas.tidak ada pembesar suara disediakan.
4. Pelajar berada dalam keadaan bising jika melihat video yang berbentuk cerita./drama .Keadaan ini boleh menggangu kelas lain.
5. Pelajar boleh leka dengan video tanpa mengambil isi-isi penting.
6. Gambar dalam video kurang jelas disebabkan kelas terang (tidak ada langsir). Menyukarkan pelajar untuk menonton dan mengambil perhatian.
7. Ada gangguan sekiranya komputer ada masalah/VCD rosak. Contohnya, video tersekat-sekat. Membazir masa pelajar dan guru.

SOALAN:
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
JAWAPAN:
1.Seseorang pelajar boleh mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar melalui video mengikut gaya pembelajaran sendiri. Bagi pelajar yang kurang cekap dalam pembelajaran, golongan tersebut boleh mengulangi perkara yang sudah dilalui sehingga dapat memahami perkara yang dipelajari..Gaya pembelajaran akan lebih berkesan dan menarik dengan menggunakan video. VARK dapat digunakan.
2. Kaedah ini membolehkan P&P diadakan walau dimana juga berada dengan menggunakan video.Contoh Yahoo messenger, Facebook
3.Pembelajaran menggunakan video akan menyebabkan perkembangan pelajar dari segi kognitif.Pelajar akan berfikir melalui video tersebut.Persoalan-persoalan akan timbul dalam kotak fikiran pelajar melalui vide
4. Melalui penggunaan video dalam P&P ...pelajar yang malu untuk mengemukakan pendapat akan berminat dengan kaedah ini kerana tidak perlu berhadapan dengan ramai orang.Pelajar ini dikaitakn dengan kecerdasan intrapersonal menurut Howard Gardner. Berlakunya peningkatan kemahiran sosial pelaja.
5.Contohnya, video tentang kemerdekaan....akan menimbulkan kesedaran tentang cintakan negara, tidak mahu negara dijajah lagi, sayang akan negara, tahu akan pengorbanan wirawan terdahulu dan sebagainya yang memberikan impak positif.
SOALAN:
 Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
JAWAPAN
Bagi pendapat saya, teori mutli modality ialah kaedah atau cara yang pelbagai digunakan dalam menjalankan P& P.atau dengan kata lain modal yang diperlukan untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang.Bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai seperti lingusitik, interpersonal,visual,intrapersonal, matematik,natural dan kinestetic ia merupakan satu bonus bagi mereka, Multi modality instruction pula merujuk kepada arahan atau pengajaran yang pelbagai yang digunakan oleh guru bagi menarik minat pelajar.Setersunya menjadikan P&P berjalan dalam keadaan yang seronok dan berkesan. Misalnya, penggunaan IT dalam pengajaran
SOALAN:
 Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan....
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

JAWAPAN:
Antara faktor-faktornya:
1. Kewangan yang mencukupi
2. lokasi yang strategik
3. Pekerja yang berkebolehan
4.Latihan terhadap pekerja /kursus pengurusan
5. Iklan
6. Promosi

SOALAN:
 Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
JAWAPAN:
Bagi pendapat saya, saya akan buka perniagaan jenis pengangkutan seperti menyediakan khidmat penghantaran kepada pelajar dan penduduk sekitar yang memerlukan memandangkan kawasannya yang strategik. Perniagaan jenis pengangkutan amat sesuai dijalankan dikawasan ini kerana kawasan yang strategik memanadangkan ramai pelajar dan penduduk yang tinggal dikawasan ini. bagi memastikan perniagaan ini sentiasa untung, saya akan mengiklankan perniagaan saya dan sentiasa membuat promosi terutamanya untuk pelajar.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

powerpoint(zamzalina)

http://www.slideshare.net/rhona86/mikroteaching-k-15801437

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

buku tekno (rhona)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

powerpoint (rhona)

http://www.slideshare.net/rhona86/slide-t4-individu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

latihan excel(rhona)

http://www.slideshare.net/rhona86/latihan-excel-rhona

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

infografik (rhona)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assignment Edmodo(Rhona)


Modal RM1 juta. 
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? 
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Dengan modal rm1 juta, saya akan membuka satu mini indoor stadium.Saya akan mempelbagaikan gelanggang permainan seperti futsal, bola jaring, bola tampar, hoki dan gim.saya memilih lokasi berdekatan dengan university apartment 1, bukan sekadar pelajar dari ums, politeknik dan uitm sahaja yang akan bermain di mini stadium saya malah penghuni di UA1, UA2, UCA dan kampung-kampung yang berdekatan akan meluangkan masa untuk bersenam dan beriadah di stadium saya. Perniagaan saya ini akan menguntungkan disebabkan tiadanya taman rekreasi yang berdekatan. Saya akan bersaing dengan gelanggang di yayasan sabah namun ianya akan tetap mendatangkan keuntungan bagi saya disebabkan lokasi stadium saya berada di kawasan yang senang dan mudah untuk dicari serta mudah untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Saya akan mempelbagaikan lagi kemudahan dan gelanggang dengan menyediakan pelbagai jenis permainan bagi menarik orang ramai datang ke stadium saya.
BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Saya akan menggunakan analisis SWOT dalam perniagaan saya untuk memastikan saya akan mendapat keuntungan.disebabkan perniagaan saya mempunyai saingan, saya akan mempelbagaikan kemudahan permainan yang menarik minat orang ramai. Sebelum perniagaan saya dimulakan, saya perlu mendapatkan lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan university apartment 1 kerana lokasi ini mudah dan senang untuk dikunjungi oleh orang ramai apatah lagi ianya laluan utama orang ramai. Kedua, disebabkan terdapatnya saingan dengan gelanggang di yayasan sabah, saya akan mempelbagaikan lagi kemudahan dan membuka banyak gelanggang yang menempatkan pelbagai permainan. Ketiga, saya akan membuka stadium saya bermula dari jam 2 petang hingga 2 pagi. Semasa menjalankan perniagaan,saya akan mempromosikan stadium saya kepada orang ramai dengan meletakkan banner di sekitar kk dan memberikan promosi hebat kepada setiap pengunjung yang bermain ke stadium saya.saya juga akan menyediakan kad ahli dengan mengenakan diskaun kepada ahli yang kerap kali datang ke stadium saya.Saya yakin bahawa perniagaan saya ini akan menguntungkan kerana lokasinya strategik dan orang ramai amatlah minat untuk beriadah tidak kira jantina dan umur.
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
Pada pendapat saya, multi modality merupakan satu kaedah p&p yang baru seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Guru membimbing para pelajar dalam pengaplikasian teknologi. Sebagai contoh, dalam proses p&p, guru menggunakan kaedah pengajaran berasaskan video, audio, visual grafik dalam menyampaikan topik-topik yang diajar. Melalui kaedah ini, pelajar akan berasa tertarik dan berminat dalam mata pelajaran tersebut. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan berlaku di dalam kelas.
Sila respon untuk isu ini pula 
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i) Apabila guru menggunakan video, guru haruslah mengaitkan dengan stail pembelajaran iaitu VARK. Guru haruslah menitikberatkan VARK di dalam video yang ditayangkan agar p&p serta isi kandungan video akan tercapai. Sekiranya visual di dalam video adalah tidak menarik, audio tidak jelas didengar oleh pelajar maka guru tersebut adalah gagal mengaitkan penggunaan video dengan stail pembelajaran.
ii) Penggunaan video dengan ubiquitous learning adalah satu strategi pembelajaran yang memberikan manfaat kepada kepada pelajar di mana pelajar ataupun guru tidak akan kehilangan tugasan kerana ianya akan direkodkan berterusan setiap hari. Kita juga akan dapat akses video walau di mana pun kita berada dan yang paling menariknya iaitu mendapatkan maklumat dengan kadar yang segera. Apa yang penting iaitu talian internet yang mesti ada agar ubiquitous learning ini dapat berjalan dengan berkesan.
iii) penggunaan video dengan HOTS pula akan dapat mewujudkan pelajar yang berfikiran lebih kritikal. Ianya juga dapat menguji minda pelajar di mana pelajar perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ianya juga memberi peluang kepada pelajar dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Guru juga boleh menguji soalan terhadap pelajar menggunakan video dengan merekod soalan serta jawapan pelajar. Melalui video juga, guru akan dapat menyemak jawapan pelajar. Akan berlakunya interaksi dua hala menggunakan video di sini dan ianya dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir pelajar.
iv) penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar pula adalah berkait rapat dengan teknologi. Melalui video, pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain terutamanya apabila menggunakan video call untuk berkongsi maklumat dan berbincang sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Penggunaan video juga dapat mempertingkatkan interaksi guru dengan pelajar. Namun, terdapat juga kelemahannya kerana pelajar mungkin akan menyalahgunakan video dengan tujuan yang salah seperti merakam sesuatu yang tidak sepatutnya.
v) penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. Melalui penggunaan video, pelajar akan mulai mempelajari sesuatu yang baru yang mana sebelum ini pelajar hanya terdedah dengan p&p di dalam kelas yang hanya menggunakan buku teks sahaja. Dengan penggunaan video ini, ianya akan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap teknologi. Penggunaan video mungkin sesuatu yang baru bagi pelajar dan pelajar akan bersemangat untuk mempelajarinya dan menonton video yang dipertontonkan oleh guru. Pelajar akan mulai sedar bahawa pentingnya teknologi dalam era globalisasi ini tambahan pula ianya akan meningkatkan semangat berkobar-kobar pelajar dalam mempelajari IT. Peningkatan kesedaran ini juga haruslah dimiliki oleh guru di mana guru perlulah menukar corak p&p kepada dengan lebih menggunakan IT dan bukan hanya bercorakkan tradisional sahaja. 

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Terdapat banyak kekangan jika kita menggunakan video di dalam kelas. Antaranya ialah 
i) sukar dilaksanakan bagi sekolah yang tidak ada bekalan elektrik 
ii) tidak dapat dilaksanakan untuk semua kelas dalam masa serentak kerana kebiasaannya 
di sekolah, hanya bilik ICT yang dilengkapai oleh LCD Projector. 
iii) sekiranya video dipertontonkan di dalam kelas, ianya juga akan mengganggu p&p di kelas 
bersebelahan kerana volume audio akan menganggu. 
iv) sekiranya video dipertontonkan di dalam kelas, pelajar dari kelas lain yang berminat untuk 
menonton video akan curi-curi menonton dari luar kelas kerana peratusan mereka tertarik 
menonton video tersebut adalah tinggi. 
v) Guru juga akan berebut-rebut untuk menggunakan bilik ICT. 

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
SEBELUM 
i) guru perlu preview semula video yang ingin dipertontonkan kepada pelajar untuk melihat semula sama ada ianya bersesuaian dengan p&p yang akan disampaikan pada hari tersebut. 
ii) guru perlu mengkaji semula video atau mendapatkan alat-alat web yang berkaitan dengan isi kandungan video serta mengaitkannya secara terus dengan video yang dipertontonkan. 
iii) menentukan sama ada menggunakan kesemua isi kandungan video ataupun menggunakan bahagian-bahagian yang penting dan relevan untuk p&p. 
iv) menyediakan persekitaran kelas yang bersesuaian berserta dengan kelengkapan ICT di dalam kelas. Apa yang paling penting iaitu kelengkapan LCD Projector, LCD screen dan komputer. 
v) sebelum video dipertontonkan kepada pelajar, guru boleh merangsang pelajar dengan pengetahuan yang sedia ada serta memperkenalkan secara ringkas apa yang terkandung dalam video. 

SEMASA 
i) memberikan pelajar peluang untuk fokus terhadap video tersebut tanpa menganggu pelajar 
ii) tidak menayangkan sepenuhnya video kepada pelajar dalam satu masa, guru perlu memberhentikan dalam masa selang 15 minit atau 10 minit dan sesi soal jawab perlu dilakukan agar pelajar lebih memahami, tidak hilang fokus semasa menonton video serta tidak tidur. 
iii) menggalakkan pelajar memberikan pendapat berdasarkan video tersebut 
iv) bagi video pendek, guru boleh menguji kefahaman pelajar dengan menayangkan semula dengan menutup bunyi video. 

SELEPAS 
i) guru perlulah membuat sesi soal jawab untuk mengetahui sejauh mana kefahaman menyeluruh pelajar terhadap video 
ii) guru juga perlu mengadakan beberapa aktiviti lain seperti kuiz, lakonan semula secara spontan agar hasil pembelajaran har tersebut tercapai.

Assignment manipulatives
SOALAN 3 
1. i) Objek Asli adalah sesuatu benda yang boleh dilihat, disentuh, dirasa dan didengar oleh pelajar. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sejarah. Objek asli ini berguna untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu objek. Contohnya, pelajar boleh melihat sendiri artifak sejarah yang berada di dalam muzium seperti batu bersurat,duit syiling lama, bahan binaan tinggalan lama dan sebagainya. Dengan ini, pelajar akan dapat melihat secara asli bahan-bahan peninggalan sejarah. 
ii) Objek awet pula merupakan objek yang telah diawet. Sebagai contoh, rangka tulang, kepala manusia yang telah diawet. Dengan ini, pelajar akan melihat sendiri objek tersebut yang telah disimpan di dalam muzium. Bukan sekadar hanya melihat di dalam buku teks dan buku rujukan sahaja malah pelajar sendiri akan melihatnya sendiri. Ini penting dijalankan oleh guru supaya pelajar dapat mengenali objek tersebut dengan lebih terperinci lagi. 
2. Model boleh menggambarkan dengan jelas lagi mengenai sesuatu objek. Sebagai contoh, sempena bulan kemerdekaan Panitia Sejarah menganjurkan aktiviti merekacipta model. Model yang bertemakan bahan-bahan peninggalan sejarah. Dengan ini, pelajar akan mencari idea untuk membina pelbagai bahan-bahan peninggalan sejarah seperti batu bersurat, tugu kemerdekaan, seni bina lama dan sebagainya. Model-model ini boleh dibuat dengan menggunakan tanah liat, bahan buangan seperti botol air, suratkhabar lama dan sebagainya. Model-model ini bukan hanya berguna untuk aktiviti bulan kemerdekaan malah ianya amat berguna untuk dijadikan model dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. 
3. Mock-ups pula merupakan hasil kerja pelajar sendiri dalam merekacipta sesuatu bahan. Ianya juga dijadikan eksperimen oleh pelajar. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sejarah, guru meminta pelajar untuk membina tugu peringatan. Dengan ini, pelajar akan menggunakan tanah liat, suratkhabar lama dan bahan-bahan buangan yang lain untuk membina tugu peringatan. 


SOALAN 4 
Pengajaran Sejarah di mana guru Sejarah akan mengadakan lawatan ke muzium agar pelajar akan lebih mengetahui bahan-bahan peninggalan lama dan khazanah turun-temurun yang ditempatkan di dalam muzium. Sebagai contoh, lawatan sambil belajar ke Muzium Sabah. 
http://www.museum.sabah.gov.my/ Lawatan ini akan memberi manfaat dan pengetahuan yang sangat berguna kepada pelajar. 

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 
SOALAN 1 
Video adalah merupakan media elektronik yang menggunakan suatu gambar bergerak untuk menyampaikan isyarat atau mesej. Video juga adalah berguna sebagai medium penyimpanan elektronik yang mengandungi imej yang bergerak seperti DVD, video internet dan sebagainya. Literasi video pula merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan atau menggambarkan video yang bermakna seperti penghasilan video.Terdapat lima konsep penting dalam literasi video iaitu sebagai pengarah yang mengendalikan mesej atau isyarat, formatnya adalah satu jenis sahaja untuk setiap isyarat atau mesej, nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada isyarat atau mesej dan kebanyakkan isyarat atau mesej dikendalikan untuk kegunaan yang spesifik. 

SOALAN 2 
a) KONSEP MENONTON VIDEO 
i) Siapakah yang merekacipta atau mencipta isyarat atau mesej? Dalam menonton video, kita mempunyai keinginan untuk mengetahui siapakah yang mencipta tayangan video yang kita tonton. Para pelajar juga akan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui siapakah yang mencipta video tersebut. 
ii)Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik minat saya? Persoalan ini seringkali kita ajukan dalam diri kita. Kita akan berasa tertarik dengan video yang mempunyai teknik kreatif yang berjaya menarik perhatian kita menontonnya. Apabila kita tertarik dengan video tersebut, maka teknik kreatif telah digunakan oleh pengarahnya manakala sekiranya kita berasa bosan terhadap video tesebut, maka pengarahnya adalah gagal untuk menggunakan teknik kreatif. Dengan ini, video dalam pendidikan yang kreatif akan berjaya menarik perhatian pelajar untuk menontonnya. 
iii)Bagaimana pelbagai lapisan masyarakat yang memahami mesej atau isyarat secara berlainan? Mesej atau isyarat yang digambarkan dalam setiap video akan mempunyai pandangan yang berbeza daripada individu yang menontonnya. Terdapat individu yang berfikiran positif terhadap video tersebut. Contohnya, dalam video peperangan, individu ini akan menyatakan bahawa peperangan akan memberi makna kepada satu proses perdamaian dari pendapat sejarahnya kerana peperangan juga akan berakhir dengan diplomasi. Namun, pandangan yang negatif sahaja diutarakan oleh individu yang lain menyatakan bahawa ianya membawa kepada kemusnahan dan kematian tanpa wujudnya kedamaian. Jadi, ini menggambarkan bahawa wujudnya pelbagai perbezaan pandangan dan pendapat terhadap setiap video yang ditayangkan. 
iv) Apakah nilai, gaya hidup dan pandangan yang disampaikan atau diabaikan dalam video? Dalam menonton sesuatu video, terdapat mesej yang disampaikan adalah menunjukkan nilai yang baik dan ada juga yang hanya menunjukkan nilai negatif sahaja. Gaya hidup juga memainkan peranan yang penting dalam video di mana gaya hidup ini penting kerana remaja kini seringkali terikut-ikut dengan gaya hidup barat. Pandangan terhadap video juga berbeza disampaikan oleh individu yang mana terdapat individu yang berpandangan positif dan ada juga yang berpandangan negatif. Dalam sesuatu video yang ditayangkan ada nilai, gaya hidup dan pandangan yang baik disampaikan oleh pengarah namun terdapat juga nilai, gaya hidup dan pandangan yang baik telah diabaikan oleh pengarah tanpa mengira risiko terhadap penontonnya. 
v) Apakah kegunaan setiap mesej dalam video? Dalam konsep pendidikan, video ini amat penting dalam menyampaikan mesej kepada pelajar. Ini kerana, guru akan mempertontonkan video yang bersesuaian dengan tajuk p&p. Pelajar akan dapat memahami dengan lebih jelas lagi melalui video yang ditayangkan kerana pelajar akan berminat untuk menonton sesuatu yang berilustrasi. Dalam konsep masyarakat pula, video yang berguna dan terbaik adalah yang mampu memberikan sesuatu teladan dan pengajaran dalam hidup masyarakat. 
b) LIMA KONSEP UTAMA MENGHASILKAN VIDEO 
i) Pelajar akan berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu video. Ini akan menjana idea yang baik dan pemikiran yang tinggi seseorang pelajar dalam penghasilan video. Pelbagai idea dapat dilihat oleh guru dalam setiap penghasilan video oleh pelajar dan ianya akan menghasilkan pelbagai kreativiti. 
ii)Pelajar juga akan mengambil kira sama ada mesej yang disampaikannya dalam video adalah difahami dari segi format, kreativiti dan teknologi. Sekiranya ianya dapat disampaikan secara baik dari segi format, video yang kreatif disampaikan dan ianya dapat dihasilkan menggunakan teknologi yang tinggi. Maka, video tersebut adalah berjaya dihasilkan oleh pelajar. 
iii)Pelajar juga akan mengambil kira mesej yang disampaikan dalam video adalah tercapai target untuk penonton. Ini adalah penting diambil kira oleh pelajar kerana mesej yang tidak dapat disampaikan secara baik dalam video akan menyebabkan targetnya kepada penonton adalah terpesong daripada objektifnya. Maka, setiap video yang akan dihasilkan haruslah mempunyai perancangan yang teliti dalam penghasilannya. 
iv)Pelajar juga akan mengambil kira sama ada videonya dapat menunjukkan nilai, gaya hidup dan pandangan yang baik dalam setiap mesej yang disampaikannya. Tanpa faktor-faktor berkenaan, video yang dihasilkan oleh pelajar akan gagal mencapai matlamatnya. Setiap video yang dihasilkan hendaklah mempunyai ciri-ciri mesej yang positif. 
v) Pelajar juga akan mengambil kira sama ada videonya mencapai kegunaan yang efektif. Ini adalah penting dalam merangsang pelajar untuk menghasilkan videonya kerana video yang mendapat pujian merupakan video yang efektif. Dengan ini, pelajar akan menggunakan semua kreativiti dalam dirinya untuk menghasilkan video yang kreatif, terbaik dan mesej di dalamnya dapat disampaikan dengan baik kepada setiap golongan masyarakat. 

SOALAN 3 
i)pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video iaitu melalui domain kognitif. Melalui domain kognitif, pelajar akan memerhati rantaian peristiwa bersejarah dan ianya direkodkan dalam pelbagai peristiwa yang terkini. Melalui warna, audio dan pergerakan gambar akan menjadikannya seakan-akan hidup. Video juga digunakan sebagai tambahan maklumat kepada buku di mana video akan memaparkan proses, hubungan dan teknik. Pelajar juga boleh membaca buku bersama-sama dengan video untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap sesuatu topik. Guru boleh menggunakan video untuk menarik minat pelajar dalam p&p. 
ii)Melalui domain afektif pula, video memainkan peranan penting dalam elemen emosi atau keinginan yang tinggi dalam diri pelajar untuk pembelajaran afektif. Role model dan mesej yang dramatik dalam video akan mempengaruhi tingkah laku. Disebabkan video memiliki potensi dalam mempengaruhi emosi, maka video boleh digunakan dalam membentuk diri pelajar dan tingkah laku sosial pelajar. Sebagai contoh, video yang berbentik dokumentari merupakan video yang terbaik untuk pelajar. 
iii) Melalui domain psikomotor pula, video adalah berguna dalam menunjukkan proses yang melibatkan penggunaan kemahiran psikomotor. Sebagai contoh, semasa guru menayangkan video yang menunjukkan langkah-langkah memasak dalam mata pelajaran ERT kepada pelajar. Guru tersebut akan menggunakan DVD. Di sini, guru mempunyai pilihan agar pelajar dapat memahami dengan lebih jelas lagi. Contohnya, guru boleh ‘pause’ video tersebut, menghentikan sekejap, mempercepatkan video dan juga melihat semula video dari mula. Pelajar juga boleh merekod video sebagai meningkatkan kefahaman diri pelajar. 
iv) Melalui domain interpersonal pula, video ini dapat menyatukan pelajar agar bekerjasama antara satu sama lain dalam perbincangan kumpulan. Pelajar boleh mempraktikkan kemahiran interpersonal yang mana mendapat penilaian daripada guru dan rakan. 

SOALAN 4 
i) Dokumentari- Video merupakan medium primary dalam mendokumentarikan sesuatu yang benar-benar wujud atau melakonkan semula peristiwa dan membawanya ke dalam bilik darjah. Dokumentari merangkumi fakta, bukan fiksyen, bukan direka-reka dan ianya menggambarkan fakta sahaja. Ianya juga memaparkan kisah benar mengenai sesuatu situasi yang nyata. Sebagai contoh, dokumentari

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
i) Susunan (Arrangement) 
Pertama sekali dalam mereka cipta visual adalah memilih elemen yang dimasukkan ke dalam visual. Kemudian, guru haruslah mengambil kira secara keseluruhan susunan yang hendak dibuat. Kebiasaannya dalam mereka cipta visual adalah menitikberatkan corak atau bentuk visual yang akan dibuat iaitu ianya hendaklah menentukan bagaimana pandangan orang lain dalam melihat visual tersebut. Sekiranya visual adalah dibuat dalam bentuk slide powerpoint, bahan edaran atau menggunakan skrin komputer, kita hendaklah mengatur elemen di dalam visual secara konsisten bersesuaian dengan maklumat yang ingin kita sampaikan. Ini disebabkan maklumat yang diperolehi oleh penonton atau orang yang melihatnya adalah berdasarkan visual tersebut. Semua tanggapan dan sumber maklumat adalah berdasarkan kepada visual tersebut sahaja. Susunan yang teratur hendaklah dibuat oleh guru dalam mereka cipta visual. 

ii) Keseimbangan (Balance) 
Keseimbangan di dalam grafik adalah dipastikan melalui pemberatan elemen dalam visual sama ada secara melintang (horizontally) ataupun secara menegak (vertically) ataupun kedua-duanya sekali. Ianya juga dikenali sebagai keseimbangan formal. Keseimbangan dalam visual juga dipastikan dalam pembahagian yang sama iaitu sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan bawah. Sebagai contoh, jongkat-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah papan adalah mempunyai keseimbangan formal. 
Keseimbangan tidak formal pula adalah pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Sebagai contoh, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit adalah bukan daripada jenis atau bahan yang sama. Dalam rekaan visual, ianya tidak boleh disukat berat dengan menggunakan timbangan. Penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Elakkan meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah atau objek yang besar di atas objek yang kecil. Objek gelap lebih berat daripada objek cerah. Hukum graviti juga diaplikasikan dalam rekaan visual ini. 

iii) Warna (Colour) 
Apabila memilih warna dalam rekaan visual, warna yang harmoni hendaklah digunakan. Penggunaan warna kontras antara latar belakang dengan subjek juga dapat menimbulkan kesan penegasan. Ianya juga dikenali sebagai warna penggenap. Warna-warna tersebut adalah terletak bertentangan di atas roda warna seperti warna merah dan hijau atau warna biru dan kuning. Dalam rekaan visual juga, warna dapat mewujudkan perasaan harmoni dalam diri pelajar yang melihat powerpoint. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan warna-warna analogus iaitu warna-warna yang terletak berhampiran dalam roda warna seperti warna kuning, kuning hijau, hijau atau warna merah, merah ungu dan ungu. Oleh itu, guru haruslah menentukan warna yang paling dominan dalam visual terlebih dahulu sebelum menentukan warna latar sesuatu visual. 
Bagi melahirkan kesan tertentu dalam visual yang ditayangkan, guru juga perlulah menggunakan warna yang sesuai dalam kategori warna iaitu warna panas yang mengandungi warna merah, jingga dan kuning di mana ianya menimbulkan kesan kedekatan, kegarangan dan kekuatan. Bagi kategori warna sejuk pula ianya terdiri daripada warna biru, ungu dan hijau, ianya juga dikaitkan dengan warna langit, tumbuhan, laut dan air. Warna sejuk dikaitkan dengan alam mewujudkan suasana kelembutan, kedamaian dan kesayuan. Kategori warna yang ketiga pula iaitu warna psikologi yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat setempat. Contohnya, Tahun Baru Cina yang sinonim dengan warna merah. 
Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai dalam visual yang ditayangkan oleh guru kepada pelajar adalah penting kerana ianya dapat menarik perhatian pelajar. 

iv) Dapat atau mudah dibaca (legibility) 
Visual yang dapat menarik minat pelajar serta mudah untuk memahami visual tersebut adalah melalui perkataan/huruf dan imej yang terdapat di dalamnya. Visual yang terbaik adalah visual yang jelas dan saiznya yang mudah untuk dilihat dan dibaca. Cara untuk mendapat visual yang senang dan mudah untuk dibaca adalah dengan memperbesarkan saiz imej, jenis font yang digunakan dan kontras antara objek di dalam visual. Dalam proses p&p, guru hendaklah memastikan bahawa visual yang ditayangkan adalah dapat dibaca serta mudah untuk pelajar membacanya. 

v)Tarikan (appeal) 
Bagi memastikan visual menarik perhatian pelajar, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik iaitu stail, surprise, tekstur dan interaksi. Guru hendaklah menggunakan stail visual yang bersesuaian dengan tajuk yang dipelajari serta yang ditayangkan kepada pelajar. Stail yang menarik dipamerkan oleh guru akan memberikan keinginan yang tinggi dalam diri pelajar untuk belajar. Guru juga hendaklah memasukkan teknik surprise iaitu apabila hendak menunjukkan gambar ianya hanya akan muncul selepas pelbagai andaian yang dibuat oleh pelajar dalam meneka apa yang terkandung dalam visual. Bagi tekstur pula, kebiasaanya visual adalah dua dimensi sahaja namun guru boleh menambahkan visual kepada tiga dimensi agar objek teresut boleh dilihat dengan lebih jelas lagi. Dalam p&p, pelajar akan berasa tertarik dan semakin berminat untuk terus mengikuti p&p. Interaksi antara pelajar dan guru juga berlaku apabila guru menunjukkan visual yang memerlukan pelajar memberikan jawapan. Sebagai contoh, guru meminta agar pelajar meneka apa maklumat yang terkandung dalam gambar yang ditayangkan. Oleh itu, dalam mereka bentuk visual untuk p&p, seseorang guru hendaklah kreatif dan menggunakan elemen-elemen yang bersesuaian agar ianya dapat menarik minat pelajar sekaligus p&p yang dijalankan akan mencapai objektif. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

powerpoint (mariebeth)

http://www.slideshare.net/rhona86/mariebeth-powerpoint

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamilah (infografik)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PICASA


PICASA






   Picasa merupakan salah satu aplikasi pengurusan gambar yang amat berguna daripada Google. Ia dicipta oleh sebuah syarikat yang dinamakan Lifescape pada tahun 2012 dan dimiliki oleh google sejak tahun 2004. Picasa adalah gabungan nama pelukis Sepanyol Pablo Picasso. Picasa 3 adalah salah satu perisian yang direka untuk menyusun dan menyunting gambar digital daripada komputer. Selain itu, Picasa 3 juga menyediakan templat untuk menyunting video menggunakan gambar-gambar yang ada di dalam album Picasa tersebut. Picasa merupakan perisian pengurusan foto yang membantu menguruskan foto di dalam komputer peribadi (PC) kita. Picasa akan mengenalpasti semua foto di dalam PC dan menyusun foto-foto tersebut di dalam fail visual mengikut nama, saiz atau tarikh. Pengguna boleh drag and drop untuk menyusun fail-fail kita dan mencipta album. Picasa akan memastikan foto-foto  berada dalam keadaan tersusun.

Selain itu, pengguna juga mampu membuat kolaj foto dan menambahbaik foto-foto tersebut. Melalui Picasa, kita mampu mengubahsuai sesuatu gambar dengan mudah. Perisian ini merupakan satu perisian yang mempunyai persamaan dengan Adobe Photoshop tetapi ianya lebih mudah dan ringkas. Gambar-gambar ini boleh dibuat slide show, kolaj dan mengikut apa yang diperlukan oleh pengguna. Aplikasi pengubahsuaian yang terdapat dalam Picasa termasuklah menghilangkan kesan mata merah, pengubahsuaian kesan warna, mengubah saiz, mengecilkan gambar dan mengubah kecerahan. Kita juga dapat membuat slideshow dan menyusun dalam timeline display. Picasa telah memudahkan pengguna di mana pengguna boleh menggunakan kumpulan Google untuk mengehadkan siapa yang boleh melihat album foto tersebuT. Aplikasi ini  sangat cepat dan mudah untuk dimasukkan ke dalam kad memori.

KELEBIHAN PICASA

          Antara kelebihan penggunaan Picasa ia amat mudah untuk digunakan berbanding aplikasi lain seperti ShotWell, F-Spot Photo Manager dan GIMP kerana ianya agak mesra pengguna bagi pengguna separuh mahir dalam menyunting koleksi gambar. Selain itu, Picasa biasa digunakan oleh pengguna untuk mengedit gambar. Fungsi Picasa yang paling menonjol berbanding perisian yang lain ialah, ia dapat memaparkan kesemua foto yang terdapat di dalam komputer kita dalam satu halaman sahaja. Kita cuma perlu skrol dari atas sampai ke bawah untuk melihat kesemua imej tersebut.

Picasa juga turut mempunyai fungsi pengubahsuaian imej yang asas seperti crop, rotate, dan red eye correction. Apa yang menarik tentang fungsi pengubahsuaian dalam Picasa ialah, imej asal tidak terjejas. Pengubahsuaian hanya berlaku dalam Picasa sahaja, melainkan jika pengguna memilih untuk mengubah imej asal itu sekali. Satu lagi kelebihan Picasa ini kalau kita simpan gambar, pengguna boleh undo dan melihat apa yang telah dibuat walaupun PC telah ditutup atau pun dalam tempoh  2 hingga 3 bulan kemudian pengguna ingin mengedit semula gambar tersebut.

Di samping itu, Picasa memudahkan pengguna melihat koleksi foto yang terbaik dengan mudah dengan hanya menandakan tanda bintang pada foto kegemaran. Satu gambar juga boleh berada dalam banyak album, tanpa menggunakan lebih ruang dalam hard disk. Ianya juga boleh mengeksport gambar–gambar pilihan ke folder lain.

KELEMAHAN PICASA

Walaubagaimanapun, perisian ini kurang mesra pengguna jika dibandingkan dengan perisian Window Movie Maker untuk bahagian penyuntingan video. Ini kerana templat untuk suntingan video di dalam perisian Picasa 3 ini lebih terhad berbanding dengan perisian Window Movie Maker. Penggunaan perisian Window Movie Maker untuk menyunting video adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan perisian Picasa.

APLIKASI PICASA DALAM BILIK DARJAH

Apa yang menariknya dengan penggunaan Picasa ini, para pengguna seperti para guru boleh menyunting gambar-gambar pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah dan menjadikan satu video yang menarik hasil suntingan gambar-gambar tersebut. Selain itu perisian Picasa boleh digunakan untuk membuat projek sains dalam menarik minat pelajar. Antara cara yang boleh digunakan oleh pelajar ialah dengan mencari dan memuat turun gambar dari internet dan pelbagai sumber. Gambar tersebut diedit dan disusun sehinggalah menjadi satu video berbentuk sains. Picasa adalah salah satu bentuk pendidikan yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Picasa bukanlah terarah kepada gambar sahaja tapi guru boleh menggunakan perisisan ini untuk membuat satu video mengikut kekreatifan masing-masing dan ditayangkan di dalam kelas. Mungkin kaedah ini juga dapat menarik pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas. Dalam penghasilan video, para guru dan pelajar juga boleh memasukkan apa sahaja fail audio seperti lagu bagi menjadikan suntingan itu lebih menarik. Para pelajar juga boleh menggunakan Picasa untuk menyusun dan mengatur gambar untuk projek dan laporan. Ianya juga mudah untuk diedit gambar dengan cepat serta boleh berkongsi gambar dengan rakan-rakan.

Perisian Picasa boleh menghasilkan penggunaan video dan stail pembelajaran yang boleh diaplikasi bersama bagi mewujudkan proses p&p yang berkesan. Dengan gabungan elemen-elemen ini dalam sesuatu pengajaran, guru boleh mewujudkan satu suasana pembelajaran yang penuh dengan persembahan audio-visual yang bukan sahaja dapat menarik minat pelajar serta merangsangkan deria pelajar dalam pembelajaran tetapi juga dapat melayan pelbagai gaya pembelajaran pelajar. Selain daripada melayan gaya pembelajaran kecenderungan pelajar seperti visual, reflektif dan global, penggunaan video juga boleh menggalakkan pelajar belajar dengan menggunakan gaya pembelajaran yang pelajar kurang cenderung. Ini dapat membantu pelajar memperkembangkan gaya-gaya pembelajaran yang lain supaya pelajar menjadi lebih fleksibel dalam pembelajaran dan tidak terhad kepada pembelajaran melalui gaya pembelajaran kecenderungan mereka sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SURVEY MONKEY

 SURVEY MONKEY



Survey Monkey merupakan satu perisian di mana pengguna boleh membuat soal selidik melalui online yang telah digunakan secara meluas. Perisian ini telah dimulakan pada tahun 1999 oleh Ryan Finley dan Chris Finley. Pejabat  Survey Monkey ini terletak di Portland, Oregon, Palo Alto, California dan Portugal. Perisian ini membolehkan pengguna membuat soalan soal selidik dengan hanya memilih tajuk, menyenaraikan jenis soalan soal selidik dan pilihan jawapan untuk responden tanpa perlu berjumpa dengan responden. Ia amat sesuai digunakan dalam bidang pendidikan dan kaji selidik kerana data yang diperoleh akan memudahkan pengguna membuat analisis.

Melalui survey monkey ini, pengguna boleh menggunakan perisian ini dengan mendaftar akaun secara percuma ataupun berbayar bergantung pada keperluan yang diingini oleh pengguna.  Survey Monkey merupakan sebuah perisian kaji selidik yang terbesar di dunia dan telah membantu pengguna mengumpul lebih daripada 1.5 juta tindak balas kaji selidik dalam talian setiap hari dengan cepat dan mudah. Selain itu, Survey Monkey ini telah digunakan secara meluas melalui web link, email, website dan share on facebook.

KEBAIKAN SURVEY MONKEY

          Survey Monkey mempunyai banyak kebaikan dan sangat mudah dilakukan oleh pengguna Survey Monkey ini. Antara kebaikannya ialah pengguna boleh menggunakan kemudahan ini dengan percuma. Ini akan mengurangkan kos penyelidikan yang dilakukan oleh pengguna. Selain itu, proses pendaftaran untuk menggunakan aplikasi ini amat mesra pengguna kerana sistem yang digunakan oleh perisian ini tidak rumit dan senang digunakan. Survey Monkey ini juga memberi pelbagai tips kepada pengguna terutama dalam membentuk soalan soal selidik mereka. Tips yang banyak ini membantu pengguna dalam pemilihan soalan soal selidik agar soalan soal selidik tersebut bersifat mesra penjawab.

Perisian ini juga memudahkan pengguna untuk menambah baik soalan soal selidik ataupun memperbetulkan kesilapan yang dilakukan. Oleh itu, pengguna dapat membaiki soalan soal selidik mereka. Selain itu, perisian aplikasi ini juga memberikan kebebasan kepada penyelidik untuk responden yang diingini. Hal ini akan membolehkan pengkaji mengkategorikan responden yang menjawab soalan soal selidik mereka. Perisian aplikasi ini juga dapat dilakukan dengan cepat. Oleh itu, pengkaji mampu melakukan kajian dengan cepat dalam jangka masa yang pendek dan pengguna boleh melakukan soal selidik sebanyak mungkin dalam masa yang cepat.

 Selain itu, perisian ini juga boleh menunjukkan responden yang telah menjawab soal selidik yang dilakukan. Perisian ini juga memudahkan pengguna untuk menganalisis dapatan kajian mereka. Melalui penggunaan aplikasi ini juga, pengguna boleh mendapatkan peratusan dapatan kajian mereka dengan cepat dan mudah. Oleh itu, kajian yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan cepat dan efektif. Selain itu juga, Survey Monkey ini memudahkan pengguna untuk membentangkan hasil dapatan kajian terus dalam bentuk graf ataupun carta di khalayak ramai. Perisian ini juga membantu dan memudahkan pengguna melakukan soalan soal selidik dalam pelbagai bentuk soalan soal selidik.

KELEMAHAN SURVE MONKEY

            Antara kelemahan yang terdapat dalam Survey Monkey ini ialah ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik jika tidak mempunyai jaringan internet yang baik. Ini akan mengganggu hasil kajian pengkaji dan melambatkan masa pengkaji untuk mendapat jawapan daripada responden. Malahan jika ia digunakan dalam pembelajaran, hanya tempat-tempat tertentu sahaja boleh digunakan kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai kemudahan seperti laptop ataupun komputer. 

Selain itu, kelemahan Survey Monkey ini juga ialah pengguna tidak dapat menggunakan sepenuhnya jika melebihi had yang telah ditetapkan. Tambahan pula, had untuk membina soalan adalah terhad iaitu hanya 10 soalan sahaja yang dibenarkan dan tidak boleh lebih dari itu. Ini akan memaksa pengguna untuk membeli versi perisian survey monkey yang melibatkan kos jika hendak menggunakan lebih daripada 10 soalan yang dibina.

APLIKASI SURVEY MONKEY DALAM P&P ALAF 21

Pada masa kini, dunia pendidikan telah mengalami kemajuan yang berterusan dengan penggunaan teknologi maklumat yang sesuai dengan arus pemodenan negara. Guru pula perlu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Dengan adanya perisian seperti Survey Monkey ini, guru boleh menggunakan perisian ini sama ada dalam mata pelajaran seperti matematik, sains, sejarah dan sebagainya. Pengaplikasian survey monkey dalam kelas memudahkan guru menggunakan kaji selidik bukan sahaja untuk mengukur pembelajaran pelajar tetapi boleh mengajar pelajar bagaimana untuk bertanya soalan.

Contohnya, guru sejarah menggunakan Survey Monkey di dalam kelas untuk membantu pelajar memahami tahap kognitif pemikiran mereka dengan memberi soalan yang berdasarkan fakta atau peristiwa kemudian soalan ini harus dijawab oleh pelajar melalui perisian Survey Monkey. Ini akan membantu guru menilai sejauh mana pemahaman pelajar selepas mempelajari tajuk yang diajar selain menjimatkan masa pembelajaran dan memudahkan pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Guru juga boleh memberi soalan kerja rumah kepada pelajar melalui Survey Monkey untuk memudahkan pemahaman mereka selepas belajar mengenai satu topik. Ini akan meningkatkan ingatan pelajar tersebut kerana membuat latihan secara berulang.

Selain itu, guru juga boleh mengajar pelajar bagaimana untuk membina kaji selidik yang sesuai agar dapat memudahkan pemahaman responden dan senang mendapat jawapan daripada responden. Contohnya, pelajar sejarah yang mempunyai kerja kursus perlu menyiapkan kaji selidik untuk membantu kesahihan bukti pada kajian yang dilakukan. Maka guru sejarah boleh mengajar bagaimana membina soalan yang bersesuaian dengan kajian mereka.

Di samping itu juga, Survey Monkey ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menilai sejauh mana pelajar dapat menjawab soalan berbentuk ujian. Guru boleh mencipta dan memberi soalan ujian dengan menggunakan Survey Monkey tanpa perlu mengeluarkan kertas dan pelajar hanya menjawab melalui perisian tersebut sahaja. Selepas itu, guru boleh memeriksa jawapan pelajar secara mudah dan menjimatkan masa guru tersebut. Ia juga boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk menjana perbincangan yang berlangsung di dalam kelas. Misalnya, guru mengeluarkan soalan yang berbentuk analisis seperti graf yang terdapat dalam survey monkey. Guru boleh menyuruh pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk menganalisis graf tersebut. Ini akan membentuk kerjasama dalam kumpulan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FLICKR


FLICKR



Flickr ialah satu laman web perkongsian gambar yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan inimasi pada gambar tersebut. Flickr juga dikenali sebagai imej hosting dan laman web hosting, web perkhidmatan suite dan komuniti dalam talian. Dengan menggunakan Flickr, pengguna boleh membina set gambar untuk menyusunnya dengan mudah dan juga menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti.

Flickr dilancarkan pada bulan Februari 2004 oleh Ludicorp dan merupakan salah satu daripada alat Web 2.0 yang popular sebelum Picasa. Laman ini menyediakan peralatannya tetapi nilainya terhasil daripada sumbangan komuniti pengguna yang berbentuk gambar-gambar, komen, rating dan organisasi serta perhubungan antara individu yang dipermudahkan oleh laman ini. Flickr juga menyediakan pelbagai tetapan privasi yang memberi pengguna kawalan terhadap cara penggunaan yang diingini untuk gambar-gambar mereka. Gambar dan video boleh diakses dari Flickr tanpa perlu untuk mendaftar akaun tetapi akaun mesti dibuat untuk memuat naik kandungan ke laman web. Pendaftaran akaun juga membolehkan pengguna untuk mencipta halaman profil yang mengandungi gambar dan video.

Walaupun penggunaan Flickr lebih kepada bahan bergambar, namun laman web ini lebih tepat diterangkan sebagai satu tempat untuk berkongsi pengalaman dan membina perhubungan sosial secara maya. Salah satu daripada tanda-tanda kemajuan teknologi adalah keupayaan pengguna untuk menghasilkan bahan sendiri, dan gambar yang paling mudah untuk berkongsi hasil kerja kreatif. Pelajar dan guru atau pensyarah selalunya mempunyai banyak gambar yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Dengan memudahkan perkongsian gambar, Flickr membuktikan bahawa penyumbangan bahan merupakan proses yang amat mudah dan hampir semua bahan yang dikongsi akan ditonton oleh seseorang.

Keupayaan untuk berbual mengenai sesuatu gambar dan mengemas kini gambar tersebut berdasarkan komen yang diterima akan mewujudkan kesedaran berkomuniti atau hidup bermasyarakat. Malah, pengguna Flickr juga amat gemar menggunakan laman web ini serta amat yakin dengan nilainya. Tambahan pula dengan adanya kamera digital yang mudah diperoleh dan digunakan, berjuta-juta orang telah menjadi jurugambar amatur dan laman-laman web seperti Flickr yang menjadi tempat untuk berkongsi gambar dan bertemu dengan orang yang mempunyai minat serupa, walaupun fotografi bukanlah fokus utama mereka.

Sokongan Flickr terhadap lesen Creative Commons menyediakan satu lagi ruang perbincangan mengenai sifat hak cipta yang sentiasa berkembang dalam era digital ini. Akaun  Flickr menawarkan dua jenis akaun iaitu Free  dan Pro. Pengguna akaun Free  dibenarkan untuk memuat naik sehingga 100 MB gambar setiap bulan dan dua video. Akaun Pro pula, membolehkan pengguna untuk memuat naik jumlah foto dan video yang tidak terhad setiap bulan dan menerima lebar jalur serta simpanan yang tidak terhad. Gambar mungkin ditempatkan dalam 60 kumpulan dan pengguna akaun Pro menerima pelayaran bebas-iklan dan mempunyai capaian ke statistik akaun.

KEBAIKAN FLICKR
Pengguna yang membuka akaun dalam Flickr akan mendapati gambar yang dimuat naik ke dalam Flickr mempunyai kualiti yang bagus, terang dan terpelihara. Pengguna juga boleh memampatkan (compress) gambar untuk mengecilkan saiz gambar yang diperlukan mengikut kekreatifan seseorang itu.
          Gambar juga boleh dimuat naik secara pukal terus dari cakera keras (hard disk) komputer dengan menggunakan alat memuat naik Flickr. Kaedah ini dapat menjimatkan masa pengguna yang membuka akaun, selain daripada mudah untuk digunakan.
          Melalui Flickr juga, pengguna yang membuka akaun berpeluang untuk mengenali lebih ramai kenalan yang mempunyai minat sama dalam bidang fotografi. Mereka boleh berkongsi idea yang boleh meningkatkan kemahiran mereka selain dapat meningkatkan hubungan sosial dari segi komunikasi seterusnya dapat membina hubungan yang baik.
          Di samping itu, Flickr juga boleh memperlihatkan kreativiti pengguna dalam bidang fotografi dengan menjadikan gambar begitu menarik setelah menggunakan aplikasi yang terdapat dalam Flickr. Kreativiti dalam fotografi bukan hanya boleh dilihat dalam negara, bahkan pengguna dari luar negara juga boleh melihat kreativiti seseorang itu dengan memuat naik gambar yang menarik.
          
          Flickr juga merupakan salah satu tempat yang selamat sebagai alat simpanan gambar pengguna agar tidak hilang sekiranya berlaku sesuatu dengan komputer mereka. Misalnya, berlaku serangan virus yang boleh menghilangkan dokumen-dokumen seperti gambar.

KELEMAHAN FLICKR

          Aplikasi Flickr tidak terkecuali daripada mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Muatan untuk memuat naik gambar adalah terhad kepada dua video dan 200 keping gambar sahaja bagi pengguna yang mempunyai akaun percuma dalam Flickr. Pengguna akaun percuma ini perlu mengaktifkan akaun agar akaun tidak dihapuskan sekiranya tidak aktif selama 90 hari berturut-turut. Sekiranya pengguna ingin memuat naik gambar dan video dengan lebih banyak tanpa terhad, pengguna perlu membuka akaun baru yang dikenali sebagai Pro. Namun, akaun Pro ini memerlukan pengguna untuk membayar sebanyak RM80 setiap bulan.

          Pemilik akaun Flickr juga terdedah kepada pelanggaran undang-undang dari segi hak cipta terpelihara. Keadaan ini berlaku apabila gambar-gambar yang dimuat turun oleh pengguna lain akan diubah atau diedit kepada sesuatu yang lebih berkualiti. Dengan kata lain berlakunya plagiat.

          Akaun Flickr juga mudah untuk diceroboh oleh pengguna lain yang menggunakan akaun percuma. Hak pengguna akan diceroboh oleh sesiapa sahaja yang mempunyai niat tidak baik. Contohnya, gambar yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

APLIKASI FLICKR DALAM P&P ALAF 21

Flickr memberikan peluang kepada pelajar bidang fotografi dan subjek seni yang lain untuk menerima maklum balas dan menyertai komuniti pakar dan peminat amatur yang akan mendedahkan mereka kepada realiti amalan profesional. Kekuatan ini boleh diperluas kepada bidang lain, seperti yang telah dibuktikan oleh kejayaan projek-projek penceritaan digital dengan penggunaan media visual untuk berkongsi pengalaman peribadi.

Pelajar yang memberikan perhatian kepada kandungan media visual akan mempamerkan hasil pembelajaran yang lebih memuaskan dan kedekatan media visual dengan realiti kehidupan seharian memudahkan pelajar mengaitkan bahan pembelajaran dengan diri mereka. Melalui cara yang sama, Flickr mendedahkan penyertaan pembelajaran pelajar dengan memanfaatkan penggunaan kamera digital yang kini ada di mana-mana sahaja serta keinginan pelajar untuk berkongsi hasil kerja kreatif mereka. Dengan memperkenalkan pengguna kepada teknologi untuk bekerjasama dan bersosial, Flickr menyediakan platform yang mudah dan selesa bagi pelajar untuk melibatkan diri dengan kandungan pelajaran dan komuniti dalam proses pembinaan pengetahuan secara bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS