PICASA
Picasa merupakan salah satu aplikasi pengurusan gambar yang amat berguna daripada Google. Ia dicipta oleh sebuah syarikat yang dinamakan Lifescape pada tahun 2012 dan dimiliki oleh google sejak tahun 2004. Picasa adalah gabungan nama pelukis Sepanyol Pablo Picasso. Picasa 3 adalah salah satu perisian yang direka untuk menyusun dan menyunting gambar digital daripada komputer. Selain itu, Picasa 3 juga menyediakan templat untuk menyunting video menggunakan gambar-gambar yang ada di dalam album Picasa tersebut. Picasa merupakan perisian pengurusan foto yang membantu menguruskan foto di dalam komputer peribadi (PC) kita. Picasa akan mengenalpasti semua foto di dalam PC dan menyusun foto-foto tersebut di dalam fail visual mengikut nama, saiz atau tarikh. Pengguna boleh drag and drop untuk menyusun fail-fail kita dan mencipta album. Picasa akan memastikan foto-foto berada dalam keadaan tersusun.
Selain
itu, pengguna juga mampu membuat kolaj foto dan menambahbaik foto-foto
tersebut. Melalui Picasa, kita mampu mengubahsuai sesuatu gambar dengan mudah.
Perisian ini merupakan satu perisian yang mempunyai persamaan dengan Adobe Photoshop
tetapi ianya lebih mudah dan ringkas. Gambar-gambar ini boleh dibuat slide
show, kolaj dan mengikut apa yang diperlukan oleh pengguna. Aplikasi
pengubahsuaian yang terdapat dalam Picasa termasuklah menghilangkan kesan mata
merah, pengubahsuaian kesan warna, mengubah saiz, mengecilkan gambar dan
mengubah kecerahan. Kita juga dapat membuat slideshow dan menyusun dalam
timeline display. Picasa telah memudahkan pengguna di mana pengguna
boleh menggunakan kumpulan Google untuk mengehadkan siapa yang boleh melihat
album foto tersebuT. Aplikasi ini sangat
cepat dan mudah untuk dimasukkan ke dalam kad memori.
KELEBIHAN
PICASA
Antara
kelebihan penggunaan Picasa ia amat mudah untuk digunakan berbanding aplikasi
lain seperti ShotWell, F-Spot Photo Manager dan GIMP kerana ianya agak mesra
pengguna bagi pengguna separuh mahir dalam menyunting koleksi gambar. Selain itu, Picasa biasa digunakan
oleh pengguna untuk mengedit gambar. Fungsi Picasa yang paling menonjol
berbanding perisian yang lain ialah, ia dapat memaparkan kesemua foto yang
terdapat di dalam komputer kita dalam satu halaman sahaja. Kita cuma perlu
skrol dari atas sampai ke bawah untuk melihat kesemua imej tersebut.
Picasa
juga turut mempunyai fungsi pengubahsuaian imej yang asas seperti crop,
rotate, dan red eye correction. Apa yang menarik tentang fungsi
pengubahsuaian dalam Picasa ialah, imej asal tidak terjejas. Pengubahsuaian
hanya berlaku dalam Picasa sahaja, melainkan jika pengguna memilih untuk
mengubah imej asal itu sekali. Satu
lagi kelebihan Picasa ini kalau kita simpan gambar, pengguna boleh undo dan melihat apa yang telah dibuat
walaupun PC telah ditutup atau pun dalam tempoh
2 hingga 3 bulan kemudian pengguna ingin mengedit semula gambar
tersebut.
Di
samping itu, Picasa memudahkan pengguna melihat koleksi foto yang terbaik
dengan mudah dengan hanya menandakan tanda bintang pada foto kegemaran. Satu
gambar juga boleh berada dalam banyak album, tanpa menggunakan lebih ruang
dalam hard disk. Ianya juga boleh mengeksport gambar–gambar pilihan ke folder
lain.
KELEMAHAN
PICASA
Walaubagaimanapun, perisian ini kurang mesra
pengguna jika dibandingkan dengan perisian Window Movie Maker untuk bahagian
penyuntingan video. Ini kerana templat untuk suntingan video di dalam perisian
Picasa 3 ini lebih terhad berbanding dengan perisian Window Movie Maker. Penggunaan
perisian Window Movie Maker untuk menyunting video adalah lebih meluas jika
dibandingkan dengan perisian Picasa.
APLIKASI
PICASA DALAM BILIK DARJAH
Apa
yang menariknya dengan penggunaan Picasa ini, para pengguna seperti para guru
boleh menyunting gambar-gambar pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah
dan menjadikan satu video yang menarik hasil suntingan gambar-gambar tersebut.
Selain itu perisian Picasa boleh digunakan untuk membuat projek sains dalam
menarik minat pelajar. Antara cara yang boleh digunakan oleh pelajar ialah
dengan mencari dan
memuat turun gambar dari internet dan pelbagai sumber. Gambar tersebut diedit
dan disusun sehinggalah menjadi satu video berbentuk sains. Picasa adalah salah
satu bentuk pendidikan yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.
Picasa bukanlah terarah kepada gambar
sahaja tapi guru boleh menggunakan perisisan ini untuk membuat satu video
mengikut kekreatifan masing-masing dan ditayangkan di dalam kelas. Mungkin
kaedah ini juga dapat menarik pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas. Dalam
penghasilan video, para guru dan pelajar juga boleh memasukkan apa sahaja fail
audio seperti lagu bagi menjadikan suntingan itu lebih menarik. Para pelajar
juga boleh menggunakan Picasa untuk menyusun dan mengatur gambar untuk projek
dan laporan. Ianya juga mudah untuk diedit gambar dengan cepat serta boleh
berkongsi gambar dengan rakan-rakan.
Perisian Picasa boleh menghasilkan
penggunaan video dan stail pembelajaran yang boleh diaplikasi bersama bagi
mewujudkan proses p&p yang berkesan. Dengan gabungan elemen-elemen ini
dalam sesuatu pengajaran, guru boleh mewujudkan satu suasana pembelajaran yang
penuh dengan persembahan audio-visual yang bukan sahaja dapat menarik minat
pelajar serta merangsangkan deria pelajar dalam pembelajaran tetapi juga
dapat melayan pelbagai gaya pembelajaran pelajar. Selain daripada melayan
gaya pembelajaran kecenderungan pelajar seperti visual, reflektif dan global,
penggunaan video juga boleh menggalakkan pelajar belajar dengan
menggunakan gaya pembelajaran yang pelajar kurang cenderung. Ini dapat membantu
pelajar memperkembangkan gaya-gaya pembelajaran yang lain supaya pelajar
menjadi lebih fleksibel dalam pembelajaran dan tidak terhad kepada pembelajaran
melalui gaya pembelajaran kecenderungan mereka sahaja.
0 comments:
Post a Comment