Survey Monkey
merupakan satu perisian di mana pengguna boleh membuat soal selidik melalui
online yang telah digunakan secara meluas. Perisian ini telah dimulakan pada
tahun 1999 oleh Ryan Finley dan Chris Finley. Pejabat Survey Monkey ini terletak di Portland,
Oregon, Palo Alto, California dan Portugal. Perisian ini membolehkan pengguna
membuat soalan soal selidik dengan hanya memilih tajuk, menyenaraikan jenis
soalan soal selidik dan pilihan jawapan untuk responden tanpa perlu berjumpa
dengan responden. Ia amat sesuai digunakan dalam bidang pendidikan dan kaji
selidik kerana data yang diperoleh akan memudahkan pengguna membuat analisis.
Melalui survey
monkey ini, pengguna boleh menggunakan perisian ini dengan mendaftar akaun
secara percuma ataupun berbayar bergantung pada keperluan yang diingini oleh
pengguna. Survey Monkey merupakan sebuah perisian kaji selidik
yang terbesar di dunia dan telah membantu pengguna mengumpul lebih
daripada 1.5 juta tindak balas kaji selidik dalam talian setiap hari dengan
cepat dan mudah. Selain itu, Survey Monkey ini telah digunakan secara meluas
melalui web link, email, website dan share on facebook.
KEBAIKAN
SURVEY MONKEY
Survey
Monkey mempunyai banyak kebaikan dan sangat mudah dilakukan oleh pengguna
Survey Monkey ini. Antara kebaikannya ialah pengguna boleh menggunakan
kemudahan ini dengan percuma. Ini akan mengurangkan kos penyelidikan yang
dilakukan oleh pengguna. Selain itu, proses pendaftaran untuk menggunakan
aplikasi ini amat mesra pengguna kerana sistem yang digunakan oleh perisian ini
tidak rumit dan senang digunakan. Survey Monkey ini juga memberi pelbagai tips
kepada pengguna terutama dalam membentuk soalan soal selidik mereka. Tips yang
banyak ini membantu pengguna dalam pemilihan soalan soal selidik agar soalan
soal selidik tersebut bersifat mesra penjawab.
Perisian ini
juga memudahkan pengguna untuk menambah baik soalan soal selidik ataupun
memperbetulkan kesilapan yang dilakukan. Oleh itu, pengguna dapat membaiki
soalan soal selidik mereka. Selain itu, perisian aplikasi ini juga memberikan
kebebasan kepada penyelidik untuk responden yang diingini. Hal ini akan
membolehkan pengkaji mengkategorikan responden yang menjawab soalan soal
selidik mereka. Perisian aplikasi ini juga dapat dilakukan dengan cepat. Oleh
itu, pengkaji mampu melakukan kajian dengan cepat dalam jangka masa yang pendek
dan pengguna boleh melakukan soal selidik sebanyak mungkin dalam masa yang
cepat.
Selain itu, perisian ini juga boleh
menunjukkan responden yang telah menjawab soal selidik yang dilakukan. Perisian
ini juga memudahkan pengguna untuk menganalisis dapatan kajian mereka. Melalui
penggunaan aplikasi ini juga, pengguna boleh mendapatkan peratusan dapatan
kajian mereka dengan cepat dan mudah. Oleh itu, kajian yang dilakukan dapat
dilaksanakan dengan cepat dan efektif. Selain itu juga, Survey Monkey ini
memudahkan pengguna untuk membentangkan hasil dapatan kajian terus dalam bentuk
graf ataupun carta di khalayak ramai. Perisian ini juga membantu dan memudahkan
pengguna melakukan soalan soal selidik dalam pelbagai bentuk soalan soal
selidik.
KELEMAHAN
SURVE MONKEY
Antara
kelemahan yang terdapat dalam Survey Monkey ini ialah ia tidak dapat
dilaksanakan dengan baik jika tidak mempunyai jaringan internet yang baik. Ini
akan mengganggu hasil kajian pengkaji dan melambatkan masa pengkaji untuk
mendapat jawapan daripada responden. Malahan jika ia digunakan dalam
pembelajaran, hanya tempat-tempat tertentu sahaja boleh digunakan kerana
kebanyakan pelajar tidak mempunyai kemudahan seperti laptop ataupun
komputer.
Selain itu,
kelemahan Survey Monkey ini juga ialah pengguna tidak dapat menggunakan
sepenuhnya jika melebihi had yang telah ditetapkan. Tambahan pula, had untuk
membina soalan adalah terhad iaitu hanya 10 soalan sahaja yang dibenarkan dan
tidak boleh lebih dari itu. Ini akan memaksa pengguna untuk membeli versi
perisian survey monkey yang melibatkan kos jika hendak menggunakan lebih
daripada 10 soalan yang dibina.
APLIKASI
SURVEY MONKEY DALAM P&P ALAF 21
Pada masa kini, dunia pendidikan
telah mengalami kemajuan yang berterusan dengan penggunaan teknologi maklumat
yang sesuai dengan arus pemodenan negara. Guru pula perlu meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Dengan adanya
perisian seperti Survey Monkey ini, guru boleh menggunakan perisian ini sama
ada dalam mata pelajaran seperti matematik, sains, sejarah dan sebagainya.
Pengaplikasian survey monkey dalam kelas memudahkan guru menggunakan kaji
selidik bukan sahaja untuk mengukur pembelajaran pelajar tetapi boleh mengajar
pelajar bagaimana untuk bertanya soalan.
Contohnya, guru sejarah menggunakan
Survey Monkey di dalam kelas untuk membantu pelajar memahami tahap kognitif
pemikiran mereka dengan memberi soalan yang berdasarkan fakta atau peristiwa
kemudian soalan ini harus dijawab oleh pelajar melalui perisian Survey Monkey.
Ini akan membantu guru menilai sejauh mana pemahaman pelajar selepas
mempelajari tajuk yang diajar selain menjimatkan masa pembelajaran dan
memudahkan pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Guru juga boleh memberi
soalan kerja rumah kepada pelajar melalui Survey Monkey untuk memudahkan
pemahaman mereka selepas belajar mengenai satu topik. Ini akan meningkatkan
ingatan pelajar tersebut kerana membuat latihan secara berulang.
Selain itu, guru juga boleh mengajar
pelajar bagaimana untuk membina kaji selidik yang sesuai agar dapat memudahkan
pemahaman responden dan senang mendapat jawapan daripada responden. Contohnya,
pelajar sejarah yang mempunyai kerja kursus perlu menyiapkan kaji selidik untuk
membantu kesahihan bukti pada kajian yang dilakukan. Maka guru sejarah boleh
mengajar bagaimana membina soalan yang bersesuaian dengan kajian mereka.
Di samping itu juga, Survey Monkey
ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menilai
sejauh mana pelajar dapat menjawab soalan berbentuk ujian. Guru boleh mencipta
dan memberi soalan ujian dengan menggunakan Survey Monkey tanpa perlu
mengeluarkan kertas dan pelajar hanya menjawab melalui perisian tersebut
sahaja. Selepas itu, guru boleh memeriksa jawapan pelajar secara mudah dan
menjimatkan masa guru tersebut. Ia juga boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas untuk menjana perbincangan yang berlangsung di dalam
kelas. Misalnya, guru mengeluarkan soalan yang berbentuk analisis seperti graf
yang terdapat dalam survey monkey. Guru boleh menyuruh pelajar berbincang dalam
kumpulan masing-masing untuk menganalisis graf tersebut. Ini akan membentuk
kerjasama dalam kumpulan.
0 comments:
Post a Comment