DROPBOX
Ledakan teknologi masa kini telah
memperkenalkan sebuah lagi software iaitu software Dropbox. Dropbox merupakan
perkataan yang baru didengar dan penggunaannya tidak meluas sehinggakan
terdapat individu yang tidak mengenali apa itu Dropbox. Ianya memberikan banyak
manfaat kepada para pengguna namun penggunaannya belum meluas lagi.
Dropbox adalah perkhidmatan
penyimpanan fail yang dikendalikan oleh Dropbox Incorporations yang menawarkan penyimpanan awam,
penyenggaraan folder, perkongsian fail dan perisian pelanggan. Secara ringkas,
Dropbox membolehkan pengguna untuk mewujudkan folder khas pada setiap komputer
mereka. Kemudian, Dropbox menyeragamkan folder itu supaya ia muncul sebagai
folder yang sama sekaligus memiliki kandungan yang sama dalam komputer walaupun
folder itu dibuka di dalam komputer yang berlainan. Dokumen yang diletakkan di
dalam folder ini juga boleh diakses melalui laman web dan aplikasi telefon
pintar. Dropbox menyediakan perisian klien untuk Microsoft Windows, Apple Mac
OS X, Linux, Google Android, Apple IOS dan BlackBerry OS serta pelayar web.
Pada bulan April 2012, Dropbox
mengumumkan ciri baru yang membolehkan pengguna secara automatik memuat naik
gambar atau video dari kamera, tablet, kad SD atau telefon pintar. Pengguna
akan diberikan sehingga ke 3 Gigabyte (GB) ruang tambahan untuk memuatkan
gambar-gambar dan video yang dimuat naik dalam folder tersebut. Melalui Dropbox
ini, pelanggan boleh memadamkan dokumen yang tidak digunakan dalam folder.
Walaupun begitu, ia mudah dicari semula oleh pelanggan lain melalui sejarah
semakan dan boleh didapati dari mana-mana komputer yang mengandungi Dropbox
tersebut. Dropbox menyokong kawalan versi multi-pengguna, membolehkan beberapa
pengguna untuk mengedit dan fail semula pasca tanpa penggantian versi.
Dropbox merupakan perisian atau
aplikasi yang dapat membantu untuk backup folder yang terdapat dalam komputer
dan diletakkan di dalam Dropbox. Ianya dianggap thumbdrive maya yang boleh
dibawa ke mana-mana. Selepas menggunakan Dropbox, kita boleh muat naik fail
menggunakan mana-mana komputer di seluruh dunia. Apa yang penting adalah lokasi
itu mempunyai talian internet yang baik untuk mempercepatkan proses muat turun
serta komputer yang digunakan mestilah mengandungi software Dropbox.
Dalam masa yang sama, Dropbox juga
mempunyai fungsi yang membolehkan kita untuk berkongsi fail kepada sesiapa
sahaja yang kita mahu asalkan kedua-dua pihak memiliki akaun Dropbox dan telah
install software Dropbox di dalam komputer mahupun telefon mudah alih. Ianya
berkongsi dokumen tetapi pihak terlibat akan melihat secara ‘live’ sekiranya
dokumen sedang diedit oleh pekongsi dokumen yang sama. Ianya mudah untuk
berkongsi fail dengan keluarga, rakan-rakan sama ada rakan sekerja mahupun
rakan sekuliah.
Dropbox memberikan ruangan storan
percuma sebanyak 2 GB menerusi pakej Basic Dropbox setelah mendaftar untuk
pertama kali. Bagi pakej Pro 50, ianya menawarkan ruangan storan 50GB namun
ianya perlu dibayar USD99.00 setahun atau
USD9.00 sebulan. Bagi pakej Pro 100 pula, ruangan storan 100GB diberikan dan
bayaran USD199.00 setahun atau USD19.90 sebulan. Manakala bagi ruangan storan
1TB ke atas iaitu pakej Teams, Dropbox akan menghantar quotation harga
yang bersesuaian dengan keperluan. Jumlah ruangan storan yang diperlukan
terpulang kepada para pengguna.
Dropbox merupakan satu aplikasi yang
menyediakan ruang simpanan untuk folder seseorang individu secara online.
Aplikasi Dropbox akan mencipta satu folder baru di dalam komputer secara
automatik dan folder itu sama seperti folder dalam komputer yang lain setelah install
software Dropbox serta mempunyai akaun Dropbox. Setiap kali kita masukkan
dokumen ke dalam folder Dropbox, dokumen akan diupload secara automatik ke
dalam folder kita yang terletak di dalam Dropbox.com. Dengan ini, kita boleh
akses dokumen di dalam folder kita walau di manapun kita berada dan ianya
seolah-olah pendrive versi online.
Dropbox boleh digunakan sebagai host
kepada produk percuma yang diberikan kepada subscriber sesuatu produk. Ianya
dapat digunakan oleh perniagaan online dalam mempromosikan produk-produk jualan
peniaga. Selain menggunakan software lain untuk mempromosikan produk, Dropbox
juga memainkan peranan di mana ianya boleh dibuka oleh pelanggan untuk membeli
produk tersebut walau di mana berada asalkan terdapatnya akses internet.
Selain itu, Dropbox juga merupakan satu
aplikasi yang serupa atau menyamai Pendrive atau External Hard Disc yang
digunapakai oleh pelajar dan orang ramai untuk menyimpan maklumat seperti dokumen,
gambar dan sebagainya. Aplikasi Dropbox amat menarik kerana ianya sangat
fleksibel. Penggunaan Dropbox boleh dikatakan selamat kerana apabila sesuatu
dokumen atau fail yang dibuat akan disimpan secara automatik ke dalam Dropbox. Ianya
amat memudahkan para pengguna agar tidak perlu untuk membawa pendrive ke
mana-mana serta dapat menghalang virus yang seringkali merosakkan fail di dalam
komputer.
Ianya juga brtindak seolah-olah poket
doraemon di mana ianya boleh memuatkan pelbagai jenis folder tidak kira ianya
folder muzik, dokumen, gambar, tugasan dan sebagainya. Dengan hanya install
software Dropbox dan simpan fail-fail di dalamnya, maka ianya dapat dilhat
dengan komputer lain mahupun teleon pintar yang lain.
BoxyTunes juga merupakan salah satu apikasi
yang boleh disatukan dengan penggunaan akaun Dropbox yang terdapat dalam
Macbook Pro dan iPhone. Ianya berfungsi untuk memainkan file muzik yang diletakkan
di akaun Dropbox yang telah install di dalam telefon pintar. Fail yang disokong
oleh BoxyTunes adalah format mp3, m4a, wav, aiff, mp4, caf dan accs.
Software Dropbox mudah didapati kerana
ianya boleh didownload secara percuma malah ianya memberkan banyak manfaat
kepada penggunanya. Oleh itu, orang ramai kini bolehlah menggunakan Dropbox
bagi memudahkan penyimpanan fail yang penting dan penggunaannya bolehlah
disebarkan kepada orang ramai kerana masa kini, orang ramai tidak mengetahui
kepentingan penggunaan software Dropbox seperti mana software lain seperti
Facebook, Blogger dan lain-lain yang digunakan secara meluas.
KELEBIHAN DROPBOX
Seperti yang kita sedia maklum, software Dropbox mempunyai
kelebihannya tersendiri dan ianya unik berbanding dengan software yang lain
walaupun ianya jarang digunakan dan penggunaannya tidak meluas seperti software
yang lain. Namun, setelah seseorang individu install software Dropbox, individu
tersebut akan mengenali sendiri dan akan berasa kagum dengan kelebihan yang
terdapat setelah menggunakan Dropbox.
Pertama, kita tidak memerlukan pendrive atau External Hard Disc
serta tidak perlu membawanya ke mana-mana di mana kemungkinan besar ianya akan
hilang ataupun dimasuki oleh virus. Dengan adanya Dropbox di dalam komputer,
kita tidak perlu memindahkan kerja dari komputer ke notebook dengan menggunakan
pendrive. Kita hanya perlu menyimpan maklumat ke dalam folder Dropbox di mana
ianya akan secara automatik akan berada di dalam folder Dropbox di dalam
notebook. Seperti yang kita sedia maklum, seringkali terdapat virus di dalam
pendrive sehingga ianya akan merosakkan folder yang penting. Maka, dengan adana
Dropbox, ianya akan memudahkan kita untuk menyimpan dan memindahkan maklumat
dalam folder kepada rakan, keluarga mahupun notebook lain.
Kedua, Dropbox menyediakan ruang penyimpanan percuma sebanyak 2GB
setelah kita mendaftar buat kali yang pertama secara biasa di laman
Dropbox.com. Dropbox juga memberikan keistimewaan kepada pengguna kali pertama
mendaftar Dropbox di mana pengguna akan mendapat ruangan storan tambahan
sebanyak 500MB. Pengguna boleh upload semua jenis fail seperti dokumen, gambar,
zip, muzik dan sebagainya di mana ianya tidak terhad ukuran size yang diupload
asalkan tidak melebihi 2GB.
Ketiga, Dropbox berupaya untuk menyegerakan folder yang terdapat
dalam Dropbox dengan peranti yang kita gunakan. Dropbox akan tersegerakan
dengan komputer yang kita gunakan tidak kira ianya Windows, Linux ataupun Mac.
Ianya dapat tersegerakan juga kepada beberapa peranti telefon mudah alih
seperti iPhone, Blackberry dan iPad. Ianya dapat backup folder yang ingin
diguna dan memindahkan ke folder Dropbox yang ada di komputer sehingga folder
secara automatik akan tersegerakan dengan server. Dengan ini, kita tidak peru
bersusah payah untuk menyegerakan sendiri folder kita kerana Dropbox telah
melakukannya kepada kita khasnya folder yang terdapat di dalam Dropbox.
Keempat, Dropbox ini amatlah istimewa kerana kita boleh berkongsi
dokumen dalam folder di mana-mana sahaja serta menyenangkan kita supaya dapat
berbahagi fail apapun kepada sesama pengguna Dropbox. Biasanya apabila pelajar
membuat assignment dalam kumpulan, salah satu masalah adalah apabila
mengumpulkan assignment yang telah dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan.
Dengan memiliki software Dropbox, setiap ahli kumpulan hanya perlu memasukkan
assignment tadi di dalam folder Dropbox pada komputer masing-masing. Ianya juga
dapat mengelakkan daripada virus melalui pendrive.
Kelima, Dropbox menjadi agen penyelamat sekiranya berlaku
sesuatu terhadap komputer atau notebook pengguna kerana aplikasi ini boleh
digunakan secara meluas melalui telefon pintar, iPad dan sebagainya. Jika
berlaku apa-apa pada komputer ataupun notebook, dokumen yang berada dalam
folder Dropbox tidak akan terjejas dan boleh akses dari komputer lain dengan
hanya melayari website Dropbox. Dokumen-dokumen penting haruslah dijadikan
folder penting dan perlulah ‘copy’ ke dalam folder Dropbox sebagai backup
sekiranya sesuatu yang tidak diingini ke atas komputer. Ini sebagai langkah
yang bijak untuk menyelamatkan folder penting.
Keenam, dengan menggunakan Dropbox dapat menjadikan folder
secara selari. Sebagai contoh, apabila kita mengedit dokumen dalam folder
Dropbox, setelah menekan save, Dropbox akan menyegerakan fail ini kepada semua
komputer yang lain atau telefon mudah alih yang telah install software Dropbox
dengan serta-merta dan secara automatik. Ianya akan berlaku secara automatik
bagi akaun yang sama. Bagi folder yang dikongsi dengan pengguna yang lain,
ianya akan diselarikan apabila pengguna lain membuka akaun mereka dan juga
mendapat folder yang dikongsi. Ini menyenangkan pengguna tidak kira di mana
sahaja berada apabila memerlukan folder yang penting asalkan memiliki software
Dropbox.
Ketujuh, software Dropbox adalah dapat digunakan di telefon
pintar bagi memudahkan untuk mendownload fail. Ianya diintegrasikan dengan
iPad, iPhone, Blackberry dan Android. Oleh itu, apa-apa dokumen yang berada
dalam Dropbox terdapat dalam komputer ataupun notebook, ianya akan dapat dibuka
menggunakan telefon pintar oleh pengguna yang sama dengan hanya log in menggunakan
akaun Dropbox yang sama. Tambahan pula, pada masa kini, hampir setiap individu
memiliki telefon pintar. Dengan ini, software Dropbox penting serta setiap
telefon pintar hendaklah install software Dropbox sebagai agen penyelamat
folder terutamanya yang mengandungi dokumen penting.
Di samping itu, kelebihan Dropbox yang
kelapan iaitu software Dropbox boleh akses di mana-mana selagi ada akses
internet. Apabila pengguna ingin mendapatkan dokumen yang tertinggal di dalam
komputer di rumah, ianya dengan mudah mendapatkan dokumen tersebut di dalam
Dropbox. Tambahan pula, di mana-mana kawasan pada masa kini memiliki WiFi
percuma, akses internet daripada telefon pintar dan sebagainya. Maka, dengan
ini folder yang penting hendaklah disimpan di dalam Dropbox kerana ianya
disimpan dalam keadaan yang selamat biarpun komputer rosak.
Dengan ini, kita memperoleh banyak
manfaat dengan memiliki software Dropbox dalam komputer rumah, notebook dan
juga telefon pintar. Penggunaannya bolehlah disebarkan secara meluas kerana
ianya mendatangkan kebaikan kepada para penggunanya.
KEKURANGAN DROPBOX
Namun, Dropbox juga mempunyai kekurangannya tersendiri. Pertama,
ruangan storan percuma yang disediakan hanya 2GB dan ianya tidak cukup untuk
menyimpan folder yang banyak. Bagi mendapatkan ruangan storan yang lebih besar
iaitu 50GB ke atas, ianya memerlukan bayaran. Hal ini menyebabkan pengguna
kurang untuk berminat untuk menggunakan Dropbox kerana perlu membayar untuk
mendapatkan ruangan storan yang besar saiznya.
.
Selain itu, software Dropbox juga
mempunyai kelemahannya iaitu pengguna tidak dapat akses folder yang terdapat di
dalam akaun Dropbox sekiranya tidak ada akses internet. Hal ini menyukarkan
sekiranya di sesetengah kawasan tidak memiliki akses internet terutamanya
apabila ingin mendapatkan dokumen penting dengan keadaan yang segera. Namun, Dropbox
banyak memberi manfaat penggunaannya berbanding dengan keburukannya.
APLIKASI
DROPBOX DALAM P&P ALAF 21
Teknologi 2.0 adalah sebahagian
daripada alatan bermanfaat untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar.
Oleh itu, para pendidik perlu menyesuaikan model pedagogi jika hendak
menggunakan alatan rangkaian sosial untuk sesi pembelajaran dan pengajaran
supaya dapat disesuaikan dengan pelajar abad kini.
Bahan kursus melalui kandungan modul,
perbincangan melalui forum, pelaksanaan kuiz atau ujian serta penggunaan
digital Dropbox untuk tujuan menghantar dan menerima dokumen yang tertentu
seperti surat, tugasan pelajar dan sebagainya. Bahan kursus yang dimuat naik
oleh pensyarah boleh disediakan dalam bentuk format seperti Microsoft Word,
Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint, Flash, Video, Audio, PDF dan lain-lain.
Setiap hari, rutin seorang guru tidak
boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai dokumen. Kebiasaannya,
setiap guru akan menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel,
Microsoft Powerpoint dalam melakukan tugasan sekolah mahupun dalam penyediaan
bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, sering kali menjadi
masalah ialah kaedah penyimpanan yang cekap. Sebagai contoh, apabila seorang
guru membuat kerja dalamkomputer di rumah dan apabila hendak print di sekolah,
dokumen tertinggal dalam komputer di rumah. Jadi, ianya tidak menjadi masalah
apabila terdapatnya Dropbox di dalam mana-mana komputer dan boleh akses
internet kerana dokumen tersebut dapat diambil menggunakan Dropbox.
Memandangkan Dropbox merupakan sebuah
perisian penyimpanan fail dan boleh dikongsi serta diakses mana-mana komputer,
guru boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar pelajar. Pelajar-pelajar
tersebut boleh membuat akaun Dropbox sendiri melalui komputer sendiri.
Kemudian, guru boleh memberi kerja rumah atau latihan kepada pelajar dan
pelajar boleh menyiapkan latihan tersebut dan diperiksa oleh guru tersebut.
Melalui Dropbox ini, pelajar boleh melihat kerja rumah dan latihan mereka yang
telah diperiksa oleh guru, kemudian membetulkan kesalahan yang ada. Melalui Dropbox
ini juga, pelajar boleh mengikuti perkembangan pengajaran dan pembelajaran oleh
guru apabila ada maklumat yang terbaru.
Pada masa kini, bukan menjadi masalah
yang besar bagi pelajar untuk memiliki akaun Dropbox. Ini kerana, kerajaan
telah membekalkan 1 murid 1 komputer. Oleh itu, guru-guru juga boleh manfaatkan
komputer dengan mengagihkan kerja sekolah lanjutan kepada pelajar menerusi
software Dropbox. Dengan adanya aplikasi Dropbox dalam komputer pelajar, ini
memudahkan lagi menghantar kerja sekolah lanjutan atau kerja kursus menerusi
Dropbox. Ini bukan hanya menjimatkan masa malah ianya sebagai satu alternatif
penting apabila pelajar sering kali lupa untuk membawa buku yang mengandungi
kerja sekolah lanjutan.
Di samping itu juga, para pelajar
tidak perlu membawa komputer untuk pembentangan tugasan di dalam kelas. Para
pelajar hanya perlu membawa pendrive sebagai backup fail sekiranya berlaku
ketiadaan talian internet WiFi di sekolah. Guru pula tidak perlu membawa
notebook kerana guru akan menggunakan komputer yang dibekalkan di sekolah
terutamanya di dalam bilik ICT. Oleh itu, guru hanya perlu mendapatkan bahan
bantuan mengajar (BBM) daripada akaun Dropbox di mana BBM ini telah save di
rumah.
0 comments:
Post a Comment