WEB 1.0
Ledakan
teknologi bermula dari tahun 1990 di mana perkembangan web berlaku ataupun
ianya lebih dikenali dengan penggunaan internet di mana individu boleh
mengakses maklumat secara global di dalamnya. Penggunaan web 1.0 adalah bermula
hingga tahun 1990 hingga 2001. Penggunaan laman web Yahoo yang merupakan alat
web 1.0 adalah digunakan secara meluas dalam mengakses maklumat. Web 1.0 merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dan merupakan
sebuah bentuk revolusi terbaru dalam dunia internet. Tujuan pengembangan dari
web ini adalah untuk memudahkan orang ramai memperoleh maklumat secara global.
Web 1.0 adalah generasi pertama web
yang berfungsi sebagai pemberi makumat dan informasi yang bersifat satu arah.
Isi kandungan yang terdapat dalam web 1.0 adalah dikendalikan oleh pentadbirnya
maka pengunjung ke laman yang telah dicipta dengan web 1.0 hanya dapat melihat
isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan. Ini dapat
dikatakan bahawa para pengunjung hanya boleh membaca sahaja setiap laman yang
dicipta dengan menggunakan web 1.0.
Antara ciri-ciri yang terdapat dalam
web 1.0 iaitu ianya merupakan halaman web yang static atau hanya berfungsi
untuk memberi maklumat sahaja setelah ianya dikendalikan oleh individu yang
ingin berkongsi apa sahaja maklumat dalam peringkat global. Halaman web ini
direka bentuk sebagai html yang mana orang ramai hanya boleh melihat dan
membaca apa sahaja kandungan di dalamnya tanpa wujudnya interaksi dua hala.
E-mail merupakan salah satu alat dalam web 1.0 di mana orang ramai hanya boleh
menaip di dalamnya.
Dalam era perkembangan web 1.0, teknologi internet bagaikan sebuah buku
ajaib di mana setiap individu boleh mengakses apa sahaja maklumat secara global
di dalamnya. Ianya amat penting dalam membantu setiap individu untuk mencari
maklumat secara online sahaja.
WEB 2.0
Era web 2.0 bermula dari 2001 sehingga
sekarang. Ianya adalah kesinambungan teknologi serta penambahbaikan daripada
web 1.0. Ianya dikendalikan secara meluas dan wujudnya beberapa alat web 2.0
seperti Youtube, Facebook, Flickr, Dropbox dan sebagainya yang membolehkan
interaksi secara dua hala dalam kalangan pengguna yang mengakses laman web
tersebut. Web 2.0 juga bukan hanya dikendalikan oleh individu yang mencipta
laman tersebut namun ianya boleh turut dikendalikan oleh pengunjung alat web
2.0 tersebut.
Melalui web 2.0,
masyarakat bukan sahaja dapat melayari laman web, malah dapat mempamerkan, memperluaskan
dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Interaksi secara dua hala akan berlaku
dengan menggunakan alat dalam web 2.0 tanpa mengira di mana sahaja pengguna
berada. Contohnya Facebook, pengguna boleh berinteraksi antara satu sama lain
tanpa mengira di mana sahaja berada. Para pengguna juga boleh bertukar-tukar
pendapat dan berkongsi gambar, video dan maklumat terbaru dengan menggunakan
alat web 2.0 seperti Facebook, Blog, Dropbox dan sebagainya.
Web
2.0 juga merupakan sistem yang terbuka kerana sesiapa sahaja boleh mengakses
dan berkongsi maklumat. Ianya membolehkan pengguna mengawal semua kandungan
yang pengguna mencipta sendiri seperti identiti untuk berinteraksi di ruangan
maya serta dapat berhubung dengan rangkaian sosial lain. Alat-alat web 2.0 juga
membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen dan sebagainya seperti yang ada
pada blog, forum, jaringan sosial seperti Friendster, Facebook, Twitter dan
sebagainya. Maka, dengan ini akan menjalinkan persahabatan secara global tidak
kira dari negara mana sekalipun.
Pengguna
juga boleh mengubahsuai muka laman mengikut idea dan kreativiti diri sendiri
seperti mengubahsuai latar belakang, memasukkan elemen-elemen seperti gambar,
audio, video, grafik, animasi dan teks. Pengguna boleh memasukkan latar
belakang daripada template yang telah disediakan atau ingin
memasukkannya melalui kod-kod yang disediakan dalam laman-laman web tertentu
bagi pengguna yang ingin mencipta blog sendiri.
Web 2.0 juga memberikan
manfaat kepada dunia perniagaan di mana seseorang peniaga boleh mengiklankan
perniagaan menerusi jalur lebar web 2.0. Perniagaan boleh dijalankan secara
maya melalui jaringan sosial. Peniaga boleh memasarkan barangan dan menerima
pembayaran elektronik yang boleh dilakukan di mana sahaja. Di samping itu juga,
masyarakat boleh mengenali pemimpin negara dengan lebih dekat menerusi laman
sosial ini. Malah, masyarakat boleh menyuarakan pendapat kepada pemimpin
tersebut serta mudah untuk mengetahui perkembangan semasa di dalam negara.
WEB
3.0
Web
3.0 merupakan web generasi ketiga selepas web 1.0 dan web 2.0 serta
penggunaannya adalah bermula pada 2010. Ianya adalah menambahbaik aplikasi yang
terdapat dalam web 1.0 dan web 2.0. Web ini adalah bercirikan web semantik atau
dikenali dengan makna data, peribadi contohnya iGoogle, carian pintar dan
pengiklanan tingkah laku dalam kalangan perkara-perkara lain.
Web
3.0 memudahkan pengguna untuk melayari carian internet dengan hanya menaip kata
kunci maklumat yang ingin dicari. Melalui carian yang dilakukan juga dapat
mencadangkan kandungan lain yang berkaitan. Ianya juga dapat dijadikan sebagai
tempat penyimpanan data di mana ianya akan menukar data yang terpisah agar
menjadi satu. Tambahan pula, ianya merupakan jaringan di mana-mana sahaja iaitu
dengan maklumat yang diakses menjadi media. Web 3.0 juga berfungsi sebagai
sumber platform yang terbuka dan percuma sekaligus maklumat adalah bebas.
Pada masa kini, kita dapat melihat aplikasi web 3.0 melalui smart
phone yang masyarakat gunakan. Dengan hanya menggunakan smart phone, pelbagai
aplikasi dapat diperolehi seperti Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya.
Malah, dengan begitu mudah pengguna mencari maklumat.
Tambahan pula Web 3.0
yang merupakan web sematik adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer
yang dapat berfikir dimana apabila kita mencari sebuah perkataan, contohnya
“kuda”. Pengguna akan memperolehi semua maklumat dan data biologi tentang
spesies kuda. Contohnya mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda dan sebagainya.
Sebelum wujudnya web 3.0, carian maklumat untuk menentukannya hanya boleh dilakukan oleh manusia. Melalui web semantik, komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk berfikir, menganalisis dan menentukan maklumat yang sedang dicari.
WEB
4.0
Web
4.0 adalah generasi web keempat selepas web 1.0, web 2.0 dan web 3.0. Web 3.0
dianggap sebagai generasi mendalam di mana 3D digabungkan dengan web 3.0 atau
Web Semantik untuk mewujudkan dunia maya seperti yang kini terdapat dalam
permainan. Tambahan pula, web 3.0 ini akan menghalang penyalinan digital
kandungan. Pada masa kini,web 4.0 masih dalam proses pelaksanaannya.
Melalui
web 4.0, maklumat dalam kandungan web akan dibaca oleh mesin dan bertindak
dalam bentuk pelaksanaan. Ianya akan memilih apa yang perlu dilaksanakan
terlebih dahulu serta memuatkan laman web dengan pantas, berkualiti tinggi dan
yang terbaik. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0 namun ianya
jelas menunjukkan bahawa web 4.0 akan dijadikan sebagai satu saluran teknologi
dan akan dijadikan satu web pintar.
0 comments:
Post a Comment