Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Powered by Blogger.
RSS

Assignment Edmodo(Rhona)


Modal RM1 juta. 
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? 
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Dengan modal rm1 juta, saya akan membuka satu mini indoor stadium.Saya akan mempelbagaikan gelanggang permainan seperti futsal, bola jaring, bola tampar, hoki dan gim.saya memilih lokasi berdekatan dengan university apartment 1, bukan sekadar pelajar dari ums, politeknik dan uitm sahaja yang akan bermain di mini stadium saya malah penghuni di UA1, UA2, UCA dan kampung-kampung yang berdekatan akan meluangkan masa untuk bersenam dan beriadah di stadium saya. Perniagaan saya ini akan menguntungkan disebabkan tiadanya taman rekreasi yang berdekatan. Saya akan bersaing dengan gelanggang di yayasan sabah namun ianya akan tetap mendatangkan keuntungan bagi saya disebabkan lokasi stadium saya berada di kawasan yang senang dan mudah untuk dicari serta mudah untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Saya akan mempelbagaikan lagi kemudahan dan gelanggang dengan menyediakan pelbagai jenis permainan bagi menarik orang ramai datang ke stadium saya.
BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Saya akan menggunakan analisis SWOT dalam perniagaan saya untuk memastikan saya akan mendapat keuntungan.disebabkan perniagaan saya mempunyai saingan, saya akan mempelbagaikan kemudahan permainan yang menarik minat orang ramai. Sebelum perniagaan saya dimulakan, saya perlu mendapatkan lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan university apartment 1 kerana lokasi ini mudah dan senang untuk dikunjungi oleh orang ramai apatah lagi ianya laluan utama orang ramai. Kedua, disebabkan terdapatnya saingan dengan gelanggang di yayasan sabah, saya akan mempelbagaikan lagi kemudahan dan membuka banyak gelanggang yang menempatkan pelbagai permainan. Ketiga, saya akan membuka stadium saya bermula dari jam 2 petang hingga 2 pagi. Semasa menjalankan perniagaan,saya akan mempromosikan stadium saya kepada orang ramai dengan meletakkan banner di sekitar kk dan memberikan promosi hebat kepada setiap pengunjung yang bermain ke stadium saya.saya juga akan menyediakan kad ahli dengan mengenakan diskaun kepada ahli yang kerap kali datang ke stadium saya.Saya yakin bahawa perniagaan saya ini akan menguntungkan kerana lokasinya strategik dan orang ramai amatlah minat untuk beriadah tidak kira jantina dan umur.
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
Pada pendapat saya, multi modality merupakan satu kaedah p&p yang baru seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Guru membimbing para pelajar dalam pengaplikasian teknologi. Sebagai contoh, dalam proses p&p, guru menggunakan kaedah pengajaran berasaskan video, audio, visual grafik dalam menyampaikan topik-topik yang diajar. Melalui kaedah ini, pelajar akan berasa tertarik dan berminat dalam mata pelajaran tersebut. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan berlaku di dalam kelas.
Sila respon untuk isu ini pula 
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i) Apabila guru menggunakan video, guru haruslah mengaitkan dengan stail pembelajaran iaitu VARK. Guru haruslah menitikberatkan VARK di dalam video yang ditayangkan agar p&p serta isi kandungan video akan tercapai. Sekiranya visual di dalam video adalah tidak menarik, audio tidak jelas didengar oleh pelajar maka guru tersebut adalah gagal mengaitkan penggunaan video dengan stail pembelajaran.
ii) Penggunaan video dengan ubiquitous learning adalah satu strategi pembelajaran yang memberikan manfaat kepada kepada pelajar di mana pelajar ataupun guru tidak akan kehilangan tugasan kerana ianya akan direkodkan berterusan setiap hari. Kita juga akan dapat akses video walau di mana pun kita berada dan yang paling menariknya iaitu mendapatkan maklumat dengan kadar yang segera. Apa yang penting iaitu talian internet yang mesti ada agar ubiquitous learning ini dapat berjalan dengan berkesan.
iii) penggunaan video dengan HOTS pula akan dapat mewujudkan pelajar yang berfikiran lebih kritikal. Ianya juga dapat menguji minda pelajar di mana pelajar perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ianya juga memberi peluang kepada pelajar dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Guru juga boleh menguji soalan terhadap pelajar menggunakan video dengan merekod soalan serta jawapan pelajar. Melalui video juga, guru akan dapat menyemak jawapan pelajar. Akan berlakunya interaksi dua hala menggunakan video di sini dan ianya dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir pelajar.
iv) penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar pula adalah berkait rapat dengan teknologi. Melalui video, pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain terutamanya apabila menggunakan video call untuk berkongsi maklumat dan berbincang sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Penggunaan video juga dapat mempertingkatkan interaksi guru dengan pelajar. Namun, terdapat juga kelemahannya kerana pelajar mungkin akan menyalahgunakan video dengan tujuan yang salah seperti merakam sesuatu yang tidak sepatutnya.
v) penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. Melalui penggunaan video, pelajar akan mulai mempelajari sesuatu yang baru yang mana sebelum ini pelajar hanya terdedah dengan p&p di dalam kelas yang hanya menggunakan buku teks sahaja. Dengan penggunaan video ini, ianya akan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap teknologi. Penggunaan video mungkin sesuatu yang baru bagi pelajar dan pelajar akan bersemangat untuk mempelajarinya dan menonton video yang dipertontonkan oleh guru. Pelajar akan mulai sedar bahawa pentingnya teknologi dalam era globalisasi ini tambahan pula ianya akan meningkatkan semangat berkobar-kobar pelajar dalam mempelajari IT. Peningkatan kesedaran ini juga haruslah dimiliki oleh guru di mana guru perlulah menukar corak p&p kepada dengan lebih menggunakan IT dan bukan hanya bercorakkan tradisional sahaja. 

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Terdapat banyak kekangan jika kita menggunakan video di dalam kelas. Antaranya ialah 
i) sukar dilaksanakan bagi sekolah yang tidak ada bekalan elektrik 
ii) tidak dapat dilaksanakan untuk semua kelas dalam masa serentak kerana kebiasaannya 
di sekolah, hanya bilik ICT yang dilengkapai oleh LCD Projector. 
iii) sekiranya video dipertontonkan di dalam kelas, ianya juga akan mengganggu p&p di kelas 
bersebelahan kerana volume audio akan menganggu. 
iv) sekiranya video dipertontonkan di dalam kelas, pelajar dari kelas lain yang berminat untuk 
menonton video akan curi-curi menonton dari luar kelas kerana peratusan mereka tertarik 
menonton video tersebut adalah tinggi. 
v) Guru juga akan berebut-rebut untuk menggunakan bilik ICT. 

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
SEBELUM 
i) guru perlu preview semula video yang ingin dipertontonkan kepada pelajar untuk melihat semula sama ada ianya bersesuaian dengan p&p yang akan disampaikan pada hari tersebut. 
ii) guru perlu mengkaji semula video atau mendapatkan alat-alat web yang berkaitan dengan isi kandungan video serta mengaitkannya secara terus dengan video yang dipertontonkan. 
iii) menentukan sama ada menggunakan kesemua isi kandungan video ataupun menggunakan bahagian-bahagian yang penting dan relevan untuk p&p. 
iv) menyediakan persekitaran kelas yang bersesuaian berserta dengan kelengkapan ICT di dalam kelas. Apa yang paling penting iaitu kelengkapan LCD Projector, LCD screen dan komputer. 
v) sebelum video dipertontonkan kepada pelajar, guru boleh merangsang pelajar dengan pengetahuan yang sedia ada serta memperkenalkan secara ringkas apa yang terkandung dalam video. 

SEMASA 
i) memberikan pelajar peluang untuk fokus terhadap video tersebut tanpa menganggu pelajar 
ii) tidak menayangkan sepenuhnya video kepada pelajar dalam satu masa, guru perlu memberhentikan dalam masa selang 15 minit atau 10 minit dan sesi soal jawab perlu dilakukan agar pelajar lebih memahami, tidak hilang fokus semasa menonton video serta tidak tidur. 
iii) menggalakkan pelajar memberikan pendapat berdasarkan video tersebut 
iv) bagi video pendek, guru boleh menguji kefahaman pelajar dengan menayangkan semula dengan menutup bunyi video. 

SELEPAS 
i) guru perlulah membuat sesi soal jawab untuk mengetahui sejauh mana kefahaman menyeluruh pelajar terhadap video 
ii) guru juga perlu mengadakan beberapa aktiviti lain seperti kuiz, lakonan semula secara spontan agar hasil pembelajaran har tersebut tercapai.

Assignment manipulatives
SOALAN 3 
1. i) Objek Asli adalah sesuatu benda yang boleh dilihat, disentuh, dirasa dan didengar oleh pelajar. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sejarah. Objek asli ini berguna untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu objek. Contohnya, pelajar boleh melihat sendiri artifak sejarah yang berada di dalam muzium seperti batu bersurat,duit syiling lama, bahan binaan tinggalan lama dan sebagainya. Dengan ini, pelajar akan dapat melihat secara asli bahan-bahan peninggalan sejarah. 
ii) Objek awet pula merupakan objek yang telah diawet. Sebagai contoh, rangka tulang, kepala manusia yang telah diawet. Dengan ini, pelajar akan melihat sendiri objek tersebut yang telah disimpan di dalam muzium. Bukan sekadar hanya melihat di dalam buku teks dan buku rujukan sahaja malah pelajar sendiri akan melihatnya sendiri. Ini penting dijalankan oleh guru supaya pelajar dapat mengenali objek tersebut dengan lebih terperinci lagi. 
2. Model boleh menggambarkan dengan jelas lagi mengenai sesuatu objek. Sebagai contoh, sempena bulan kemerdekaan Panitia Sejarah menganjurkan aktiviti merekacipta model. Model yang bertemakan bahan-bahan peninggalan sejarah. Dengan ini, pelajar akan mencari idea untuk membina pelbagai bahan-bahan peninggalan sejarah seperti batu bersurat, tugu kemerdekaan, seni bina lama dan sebagainya. Model-model ini boleh dibuat dengan menggunakan tanah liat, bahan buangan seperti botol air, suratkhabar lama dan sebagainya. Model-model ini bukan hanya berguna untuk aktiviti bulan kemerdekaan malah ianya amat berguna untuk dijadikan model dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. 
3. Mock-ups pula merupakan hasil kerja pelajar sendiri dalam merekacipta sesuatu bahan. Ianya juga dijadikan eksperimen oleh pelajar. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sejarah, guru meminta pelajar untuk membina tugu peringatan. Dengan ini, pelajar akan menggunakan tanah liat, suratkhabar lama dan bahan-bahan buangan yang lain untuk membina tugu peringatan. 


SOALAN 4 
Pengajaran Sejarah di mana guru Sejarah akan mengadakan lawatan ke muzium agar pelajar akan lebih mengetahui bahan-bahan peninggalan lama dan khazanah turun-temurun yang ditempatkan di dalam muzium. Sebagai contoh, lawatan sambil belajar ke Muzium Sabah. 
http://www.museum.sabah.gov.my/ Lawatan ini akan memberi manfaat dan pengetahuan yang sangat berguna kepada pelajar. 

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 
SOALAN 1 
Video adalah merupakan media elektronik yang menggunakan suatu gambar bergerak untuk menyampaikan isyarat atau mesej. Video juga adalah berguna sebagai medium penyimpanan elektronik yang mengandungi imej yang bergerak seperti DVD, video internet dan sebagainya. Literasi video pula merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan atau menggambarkan video yang bermakna seperti penghasilan video.Terdapat lima konsep penting dalam literasi video iaitu sebagai pengarah yang mengendalikan mesej atau isyarat, formatnya adalah satu jenis sahaja untuk setiap isyarat atau mesej, nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada isyarat atau mesej dan kebanyakkan isyarat atau mesej dikendalikan untuk kegunaan yang spesifik. 

SOALAN 2 
a) KONSEP MENONTON VIDEO 
i) Siapakah yang merekacipta atau mencipta isyarat atau mesej? Dalam menonton video, kita mempunyai keinginan untuk mengetahui siapakah yang mencipta tayangan video yang kita tonton. Para pelajar juga akan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui siapakah yang mencipta video tersebut. 
ii)Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik minat saya? Persoalan ini seringkali kita ajukan dalam diri kita. Kita akan berasa tertarik dengan video yang mempunyai teknik kreatif yang berjaya menarik perhatian kita menontonnya. Apabila kita tertarik dengan video tersebut, maka teknik kreatif telah digunakan oleh pengarahnya manakala sekiranya kita berasa bosan terhadap video tesebut, maka pengarahnya adalah gagal untuk menggunakan teknik kreatif. Dengan ini, video dalam pendidikan yang kreatif akan berjaya menarik perhatian pelajar untuk menontonnya. 
iii)Bagaimana pelbagai lapisan masyarakat yang memahami mesej atau isyarat secara berlainan? Mesej atau isyarat yang digambarkan dalam setiap video akan mempunyai pandangan yang berbeza daripada individu yang menontonnya. Terdapat individu yang berfikiran positif terhadap video tersebut. Contohnya, dalam video peperangan, individu ini akan menyatakan bahawa peperangan akan memberi makna kepada satu proses perdamaian dari pendapat sejarahnya kerana peperangan juga akan berakhir dengan diplomasi. Namun, pandangan yang negatif sahaja diutarakan oleh individu yang lain menyatakan bahawa ianya membawa kepada kemusnahan dan kematian tanpa wujudnya kedamaian. Jadi, ini menggambarkan bahawa wujudnya pelbagai perbezaan pandangan dan pendapat terhadap setiap video yang ditayangkan. 
iv) Apakah nilai, gaya hidup dan pandangan yang disampaikan atau diabaikan dalam video? Dalam menonton sesuatu video, terdapat mesej yang disampaikan adalah menunjukkan nilai yang baik dan ada juga yang hanya menunjukkan nilai negatif sahaja. Gaya hidup juga memainkan peranan yang penting dalam video di mana gaya hidup ini penting kerana remaja kini seringkali terikut-ikut dengan gaya hidup barat. Pandangan terhadap video juga berbeza disampaikan oleh individu yang mana terdapat individu yang berpandangan positif dan ada juga yang berpandangan negatif. Dalam sesuatu video yang ditayangkan ada nilai, gaya hidup dan pandangan yang baik disampaikan oleh pengarah namun terdapat juga nilai, gaya hidup dan pandangan yang baik telah diabaikan oleh pengarah tanpa mengira risiko terhadap penontonnya. 
v) Apakah kegunaan setiap mesej dalam video? Dalam konsep pendidikan, video ini amat penting dalam menyampaikan mesej kepada pelajar. Ini kerana, guru akan mempertontonkan video yang bersesuaian dengan tajuk p&p. Pelajar akan dapat memahami dengan lebih jelas lagi melalui video yang ditayangkan kerana pelajar akan berminat untuk menonton sesuatu yang berilustrasi. Dalam konsep masyarakat pula, video yang berguna dan terbaik adalah yang mampu memberikan sesuatu teladan dan pengajaran dalam hidup masyarakat. 
b) LIMA KONSEP UTAMA MENGHASILKAN VIDEO 
i) Pelajar akan berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu video. Ini akan menjana idea yang baik dan pemikiran yang tinggi seseorang pelajar dalam penghasilan video. Pelbagai idea dapat dilihat oleh guru dalam setiap penghasilan video oleh pelajar dan ianya akan menghasilkan pelbagai kreativiti. 
ii)Pelajar juga akan mengambil kira sama ada mesej yang disampaikannya dalam video adalah difahami dari segi format, kreativiti dan teknologi. Sekiranya ianya dapat disampaikan secara baik dari segi format, video yang kreatif disampaikan dan ianya dapat dihasilkan menggunakan teknologi yang tinggi. Maka, video tersebut adalah berjaya dihasilkan oleh pelajar. 
iii)Pelajar juga akan mengambil kira mesej yang disampaikan dalam video adalah tercapai target untuk penonton. Ini adalah penting diambil kira oleh pelajar kerana mesej yang tidak dapat disampaikan secara baik dalam video akan menyebabkan targetnya kepada penonton adalah terpesong daripada objektifnya. Maka, setiap video yang akan dihasilkan haruslah mempunyai perancangan yang teliti dalam penghasilannya. 
iv)Pelajar juga akan mengambil kira sama ada videonya dapat menunjukkan nilai, gaya hidup dan pandangan yang baik dalam setiap mesej yang disampaikannya. Tanpa faktor-faktor berkenaan, video yang dihasilkan oleh pelajar akan gagal mencapai matlamatnya. Setiap video yang dihasilkan hendaklah mempunyai ciri-ciri mesej yang positif. 
v) Pelajar juga akan mengambil kira sama ada videonya mencapai kegunaan yang efektif. Ini adalah penting dalam merangsang pelajar untuk menghasilkan videonya kerana video yang mendapat pujian merupakan video yang efektif. Dengan ini, pelajar akan menggunakan semua kreativiti dalam dirinya untuk menghasilkan video yang kreatif, terbaik dan mesej di dalamnya dapat disampaikan dengan baik kepada setiap golongan masyarakat. 

SOALAN 3 
i)pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video iaitu melalui domain kognitif. Melalui domain kognitif, pelajar akan memerhati rantaian peristiwa bersejarah dan ianya direkodkan dalam pelbagai peristiwa yang terkini. Melalui warna, audio dan pergerakan gambar akan menjadikannya seakan-akan hidup. Video juga digunakan sebagai tambahan maklumat kepada buku di mana video akan memaparkan proses, hubungan dan teknik. Pelajar juga boleh membaca buku bersama-sama dengan video untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap sesuatu topik. Guru boleh menggunakan video untuk menarik minat pelajar dalam p&p. 
ii)Melalui domain afektif pula, video memainkan peranan penting dalam elemen emosi atau keinginan yang tinggi dalam diri pelajar untuk pembelajaran afektif. Role model dan mesej yang dramatik dalam video akan mempengaruhi tingkah laku. Disebabkan video memiliki potensi dalam mempengaruhi emosi, maka video boleh digunakan dalam membentuk diri pelajar dan tingkah laku sosial pelajar. Sebagai contoh, video yang berbentik dokumentari merupakan video yang terbaik untuk pelajar. 
iii) Melalui domain psikomotor pula, video adalah berguna dalam menunjukkan proses yang melibatkan penggunaan kemahiran psikomotor. Sebagai contoh, semasa guru menayangkan video yang menunjukkan langkah-langkah memasak dalam mata pelajaran ERT kepada pelajar. Guru tersebut akan menggunakan DVD. Di sini, guru mempunyai pilihan agar pelajar dapat memahami dengan lebih jelas lagi. Contohnya, guru boleh ‘pause’ video tersebut, menghentikan sekejap, mempercepatkan video dan juga melihat semula video dari mula. Pelajar juga boleh merekod video sebagai meningkatkan kefahaman diri pelajar. 
iv) Melalui domain interpersonal pula, video ini dapat menyatukan pelajar agar bekerjasama antara satu sama lain dalam perbincangan kumpulan. Pelajar boleh mempraktikkan kemahiran interpersonal yang mana mendapat penilaian daripada guru dan rakan. 

SOALAN 4 
i) Dokumentari- Video merupakan medium primary dalam mendokumentarikan sesuatu yang benar-benar wujud atau melakonkan semula peristiwa dan membawanya ke dalam bilik darjah. Dokumentari merangkumi fakta, bukan fiksyen, bukan direka-reka dan ianya menggambarkan fakta sahaja. Ianya juga memaparkan kisah benar mengenai sesuatu situasi yang nyata. Sebagai contoh, dokumentari

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
i) Susunan (Arrangement) 
Pertama sekali dalam mereka cipta visual adalah memilih elemen yang dimasukkan ke dalam visual. Kemudian, guru haruslah mengambil kira secara keseluruhan susunan yang hendak dibuat. Kebiasaannya dalam mereka cipta visual adalah menitikberatkan corak atau bentuk visual yang akan dibuat iaitu ianya hendaklah menentukan bagaimana pandangan orang lain dalam melihat visual tersebut. Sekiranya visual adalah dibuat dalam bentuk slide powerpoint, bahan edaran atau menggunakan skrin komputer, kita hendaklah mengatur elemen di dalam visual secara konsisten bersesuaian dengan maklumat yang ingin kita sampaikan. Ini disebabkan maklumat yang diperolehi oleh penonton atau orang yang melihatnya adalah berdasarkan visual tersebut. Semua tanggapan dan sumber maklumat adalah berdasarkan kepada visual tersebut sahaja. Susunan yang teratur hendaklah dibuat oleh guru dalam mereka cipta visual. 

ii) Keseimbangan (Balance) 
Keseimbangan di dalam grafik adalah dipastikan melalui pemberatan elemen dalam visual sama ada secara melintang (horizontally) ataupun secara menegak (vertically) ataupun kedua-duanya sekali. Ianya juga dikenali sebagai keseimbangan formal. Keseimbangan dalam visual juga dipastikan dalam pembahagian yang sama iaitu sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan bawah. Sebagai contoh, jongkat-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah papan adalah mempunyai keseimbangan formal. 
Keseimbangan tidak formal pula adalah pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Sebagai contoh, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit adalah bukan daripada jenis atau bahan yang sama. Dalam rekaan visual, ianya tidak boleh disukat berat dengan menggunakan timbangan. Penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Elakkan meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah atau objek yang besar di atas objek yang kecil. Objek gelap lebih berat daripada objek cerah. Hukum graviti juga diaplikasikan dalam rekaan visual ini. 

iii) Warna (Colour) 
Apabila memilih warna dalam rekaan visual, warna yang harmoni hendaklah digunakan. Penggunaan warna kontras antara latar belakang dengan subjek juga dapat menimbulkan kesan penegasan. Ianya juga dikenali sebagai warna penggenap. Warna-warna tersebut adalah terletak bertentangan di atas roda warna seperti warna merah dan hijau atau warna biru dan kuning. Dalam rekaan visual juga, warna dapat mewujudkan perasaan harmoni dalam diri pelajar yang melihat powerpoint. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan warna-warna analogus iaitu warna-warna yang terletak berhampiran dalam roda warna seperti warna kuning, kuning hijau, hijau atau warna merah, merah ungu dan ungu. Oleh itu, guru haruslah menentukan warna yang paling dominan dalam visual terlebih dahulu sebelum menentukan warna latar sesuatu visual. 
Bagi melahirkan kesan tertentu dalam visual yang ditayangkan, guru juga perlulah menggunakan warna yang sesuai dalam kategori warna iaitu warna panas yang mengandungi warna merah, jingga dan kuning di mana ianya menimbulkan kesan kedekatan, kegarangan dan kekuatan. Bagi kategori warna sejuk pula ianya terdiri daripada warna biru, ungu dan hijau, ianya juga dikaitkan dengan warna langit, tumbuhan, laut dan air. Warna sejuk dikaitkan dengan alam mewujudkan suasana kelembutan, kedamaian dan kesayuan. Kategori warna yang ketiga pula iaitu warna psikologi yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat setempat. Contohnya, Tahun Baru Cina yang sinonim dengan warna merah. 
Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai dalam visual yang ditayangkan oleh guru kepada pelajar adalah penting kerana ianya dapat menarik perhatian pelajar. 

iv) Dapat atau mudah dibaca (legibility) 
Visual yang dapat menarik minat pelajar serta mudah untuk memahami visual tersebut adalah melalui perkataan/huruf dan imej yang terdapat di dalamnya. Visual yang terbaik adalah visual yang jelas dan saiznya yang mudah untuk dilihat dan dibaca. Cara untuk mendapat visual yang senang dan mudah untuk dibaca adalah dengan memperbesarkan saiz imej, jenis font yang digunakan dan kontras antara objek di dalam visual. Dalam proses p&p, guru hendaklah memastikan bahawa visual yang ditayangkan adalah dapat dibaca serta mudah untuk pelajar membacanya. 

v)Tarikan (appeal) 
Bagi memastikan visual menarik perhatian pelajar, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik iaitu stail, surprise, tekstur dan interaksi. Guru hendaklah menggunakan stail visual yang bersesuaian dengan tajuk yang dipelajari serta yang ditayangkan kepada pelajar. Stail yang menarik dipamerkan oleh guru akan memberikan keinginan yang tinggi dalam diri pelajar untuk belajar. Guru juga hendaklah memasukkan teknik surprise iaitu apabila hendak menunjukkan gambar ianya hanya akan muncul selepas pelbagai andaian yang dibuat oleh pelajar dalam meneka apa yang terkandung dalam visual. Bagi tekstur pula, kebiasaanya visual adalah dua dimensi sahaja namun guru boleh menambahkan visual kepada tiga dimensi agar objek teresut boleh dilihat dengan lebih jelas lagi. Dalam p&p, pelajar akan berasa tertarik dan semakin berminat untuk terus mengikuti p&p. Interaksi antara pelajar dan guru juga berlaku apabila guru menunjukkan visual yang memerlukan pelajar memberikan jawapan. Sebagai contoh, guru meminta agar pelajar meneka apa maklumat yang terkandung dalam gambar yang ditayangkan. Oleh itu, dalam mereka bentuk visual untuk p&p, seseorang guru hendaklah kreatif dan menggunakan elemen-elemen yang bersesuaian agar ianya dapat menarik minat pelajar sekaligus p&p yang dijalankan akan mencapai objektif. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment